|
Bieber berkongsi, mata tidak dapat berkelip dan sukar tersenyum selepas virus menyerang saraf di telinga dan muka.
LOS ANGELES: Penyanyi sensasi, Justin Bieber, 28, mengalami lumpuh separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt.
Berita duka itu disampaikan Bieber menerusi video selama tiga minit yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi video itu, Bieber mendedahkan keadaan mata tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar tersenyum.
"Hai, saya ingin memaklumkan kepada anda tentang apa yang sedang berlaku.
"Jelas sekali, seperti yang anda boleh lihat pada wajah saya.
"Mata tidak berkelip dan tersenyum dari sisi wajah. Lubang hidung juga tidak bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh pada wajah saya.
"Saya mempunyai sindrom Ramsay Hunt, ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan muka," katanya dipetik dalam video itu.
Bieber akan berehat bagi melakukan terapi latihan agar wajahnya kembali normal.
Susulan itu, Bieber menyatakan, dia terpaksa membatalkan beberapa siri konsert jelajah yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.
Kini, Bieber dalam siri jelajah konsert di Amerika Utara membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York. Malah, belum ada kemas kini mengenai pembatalan konsert di Malaysia pada Oktober depan.
"Saya tidak mampu melakukannya. Kepada peminat yang kecewa dengan pembatalan konsert berlangsung dalam masa terdekat, saya harap dapat memahami keadaan saya," katanya.
Dalam pada itu, Bieber memberitahu, dia juga akan berehat bagi memulihkan penyakitnya itu.
Katanya, dia sedang melakukan terapi latihan agar wajahnya kembali normal.
"Ia agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku, tetapi saya perlu memperlahankan aktiviti seni.
"Saya harap anda faham. Saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus agar boleh melakukan apa yang sahaja sejak lahir.
"Kita tidak tahu mengambil masa berapa lama, tetapi ia akan baik-baik sahaja. Saya mempunyai harapan dan percaya kepada Tuhan.
"Saya yakin semua ini bersebab. Saya tidak pasti apa yang betul, tetapi saya akan berehat," katanya.
Terdahulu, isteri Bieber iaitu model Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila mengalami serangan strok pada Mac lalu.
Hailey memberitahu, dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suami. Doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.
https://www.bharian.com.my/hibur ... wajah-batal-konsert |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|