View: 1696|Reply: 13
|
Bekas Suami Britney Spears Ceroboh Rumah Ketika Majlis Kahwin
[Copy link]
|
|
Suasana harmoni dan kemeriahan majlis perkahwinan secara tertutup penyanyi popular antarabangsa, Britney Spears dan Sam Asghari dikhabarkan dicemari dengan insiden pencerobohan bekas suaminya, Jason Alexander.
Menurut laporan media antarabangsa, bekas suami pertama penyanyi itu didakwa menceroboh dan memasuki kediaman Britney ketika upacara sedang berlangsung.
Kredit foto: Metro.Co.Uk
Dalam kejadian tersebut, Jason dikatakan turut merakam dirinya sendiri menggunakan telefon pintar ketika menceroboh rumah Britney dan menganggu majlis perkahwinan tersebut.
Alexander turut dilihat bertengkar dengan kakitangan yang bertugas di majlis itu yang memintanya untuk beredar.
Jason kemudiannya ditahan pihak polis dan menerusi foto yang tersebar, dia dilihat turut terbaring di lantai sewaktu ditahan.
Peguam Britney, Mathew Roseangart bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memastikan lelaki terbabit menerima hukuman setimpal disebabkan kejadian itu.
Dalam pada itu, difahamkan, penyanyi lagu Baby One More Time ini melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup dan cuma dihadiri 100 tetamu sahaja.
Difahamkan juga, hanya abangnya, Bryan Spears yang dijemput untuk hadir manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang rentetan konflik yang pernah terjadi dan menggemparkan dunia hiburan sebelum ini.
Terdahulu, Britney bertunang dengan Sam pada April lalu sebelum kemudiannya mengumumkan dirinya hamil.
Untuk info, Britney juga mempunyai dua orang anak, Preston, 16, dan Jayden James, 15, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kevin Federline.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata gila bayang, dah bercerai berbelas2 tahun. Sempat bergelar suami Britney 55 jam je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kmain fink karer boxer heol tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Britney!!! aaarghhh aku suka dia.. dulu sempat la berseluar bj mcm dia.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata meroyan 55jam je pun jadi laki.motip jadi gila buat kacau di majlis bekas bini saja nak dapat fame ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dgn dia ni ke ade anak 2 org yg dia dpt ratusan juta tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na: Dgn dia ni ke ade anak 2 org y ...
Ikut hujung berita, anak 2 org tu dgn Kevin Federline, bukan si Jason Alexander ni. Tu pelik, yang tu takde lak kena terjah |
|
|
|
|
|
|
|
moga acik Britney berbahagia laa selepas ni, kesian kisah hidup bertahun-tahun terseksa. Happy for her actually! |
|
|
|
|
|
|
|
alkesahnye si boxer pink ni mostly orang tak remembered him as the ex-shuben pon..
KFed pon tak meroyan..ko plak acah2 nak tunjuk perasaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati2 igt kevin.
Rpanya jason. HAhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
saja nk trending maybe |
|
|
|
|
|
|
|
content sis, content! |
|
|
|
|
|
|
| |
|