View: 704|Reply: 0
|
Raline Shah idam lelaki beriman
[Copy link]
|
|
RALINE SHAH
Raline Shah idam lelaki beriman
STATUS aktres cantik Raline Shah yang sehingga kini belum mempunyai kekasih sememangnya diketahui umum. Biarpun dikurniakan pakej sempurna, jelitawan berusia 37 tahun itu selesa hidup sendirian tanpa teman lelaki mahupun suami.
Raline bahkan jarang terkait cerita tidak enak membabitkan kisah cinta dengan mana-mana lelaki.
Bercerita dalam rancangan Tonight Show, bintang Polis Evo 2 itu mengakui tidak terlalu memerlukan teman lelaki untuk mengisi kekosongan dalam jiwanya kerana selesa hidup berstatus solo.
Raline bagaimanapun berkata, dia juga tidak terlalu memikirkan kriteria lelaki yang bakal menjadi suaminya jika sudah bertemu jodoh suatu hari nanti.
“Saya tidak terlalu memilih soal lelaki yang bakal menjadi teman
hidup suatu hari nanti. Namun, apa yang penting lelaki itu mestilah memiliki etika terpuji,” katanya.
Ujar pelakon yang pernah menjadi peserta pertandingan ratu cantik, Puteri Indonesia 2008 itu lagi, dia tidak terlalu memilih soal rupa paras bakal teman lelakinya, namun berharap agar dipertemukan dengan lelaki yang beriman.
SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... dam-lelaki-beriman/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|