CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Usaha pulih gelandangan berpenyakit mental

[Copy link]
Post time 4-6-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan kini memberi perhatian terhadap usaha pemulihan gelandangan terutama mereka yang mengalami penyakit mental supaya golongan itu mampu berdikari.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, usaha itu juga bagi membantu mereka mendapat pekerjaan yang baik.

"Kita akan menggunakan kepakaran perubatan dari Unit Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) bagi memulihkan gelandangan yang terbabit.

"Kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengadakan operasi bersepadu membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), unit psikiatri HTJ, polis serta Majlis Bandaraya Seremban (MBS) secara berkala.

"Ia untuk menyelamatkan golongan ini daripada terus berkeliaran tanpa arah tujuan," katanya ketika dihubungi, Harian Metro, hari ini.

Nicole berkata, usaha untuk mencapai sifar gelandangan adalah mustahil kerana ada di antara mereka bukan dari negeri ini selain suasana negara yang masih berdepan dengan wabak Covid-19 serta membabitkan pelbagai masalah latar belakang.

Katanya, berdasarkan rekod seramai 92 gelandangan diselamatkan bermula Januari hingga Disember tahun lalu membabitkan 125 operasi.

"Daerah Seremban mencatatkan operasi menyelamat gelandangan paling banyak berbanding daerah lain iaitu 86 operasi dengan 62 individu berjaya diselamatkan.

"Setakat Mac tahun ini pula, seramai 25 gelandangan diselamatkan yang mana 23 daripadanya dari Seremban dan bakinya di Port Dickson," katanya.

Nicole berkata, seramai 14 gelandangan berusia antara 29 hingga 76 tahun diselamatkan dalam operasi gelandangan di sekitar pusat bandar Seremban baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -berpenyakit-mental
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.231127 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list