View: 5073|Reply: 13
|
"Rasa Nak Mati Je" - Ibu Muda Tertekan Anak Asyik Menangis Tak Nak Berenggang
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan, ramai ibu bapa menghadapai pelbagai fasa rumit dalam perjalanan membesarkan anak terutamanya ketika mereka masih kecil.
Ditambah pula dengan situasi di mana bayi terlalu manja dengan ibu bapa sehingga tidak boleh berenggang walau sesaat. Situasi ini dipanggil 'Separation Anxiety'.
Terdapat banyak kes di mana ketika si ibu perlu kembali ke pejabat, keadaan menjadi semakin parah kerana anak tidak boleh melepaskan pandangan dari mereka. Pantang tidak nampak wajah ibu atau ayah pasti anak akan mula merengek, menangis dan mahu melekat sahaja.
Untuk pengetahuan semua, Separation Anxiety banyak berlaku kepada anak kecil berumur lingkungan 6 bulan hingga 3 tahun. Menurut pakar, perkara ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan ibu bapa sepanjang membesarkan anak-anak.
Baru-baru ini, tular video dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai lampuukircustom. Menerusi posting itu, wanita ini mengakui bahawa dia berasa dalam tekanan yang teruk apabila anaknya tidak boleh berenggang dengannya walau sesaat. Hal ini menyebabkan banyak kerjanya menjadi tertunda.
Wanita ini juga mengatakan bahawa dia berasa 'letih' kerana terpaksa melayan anaknya yang selalu menangis seolah-olah seperti didera apabila tidak bersamanya. Dia juga tidak boleh bekerja kerana harus menjaga anaknya.
Tambah wanita ini, dia berasa stres kerana tidak mampu mencari rezeki dan menambah pendapatan keluarganya hanya kerana anaknya tidak boleh berenggang dengannya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini. Di samping itu, netizen juga berkata para suami juga harus peka mengenai perkara ini dan turut sama membantu isteri dalam membesarkan anak-anak. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
benda ni simple je. sebenarnya baby ni kena di train utk adaptation. awal2 nak disiplin routine tu mmg nampak mcm tak berhati perut. boleh je tinggalkan dlm crib pastu gi la sambung buat kerja sesambil tu pantau la. mmg stress + hiba anak melalak sampai takda suara tapi nnt 3-4 hari je bila baby dah dpt adapt dia senyap ler pastu aman2 jaa nok. takyah la sampai nak bgtau dlm tiktok. dah kalau ko pon malas nak set up routine utk anak ko hadap je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Nnti bila baby ni dah beso ko pon dah tua merenyut ko kena tinggal kat Rumah Org2 Tua haa hadaplaa |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sorg dh stresss. Blom 2..3org..nak2 pulak ada yg special needs / perlu fully assisted. Lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pnat pn..plg teruk bila mental breakdown..i is phm..tp xyah la buat tik tok..kalo nk bgtao laki ko tp xnk direct post jelah kt ig/whatsapp status tp dia sorg je blh view..maybe bila die ingt org lain tgk jgk nnt die rasa bsalah lalu slow talk ngn ko..haa gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Baby yg lahir masa PKP mmg asik melalak ja klu xjumpak mak dia .mcm ank aii la..nk lena dy ajak ibu teman dia .dah lama lena..nyenyak dah tu..kita bangun sat ja Dan sampai dapoq dia melalak dh[em:11:] [em:11:]
Tapi bila tinggai rumah baby sitter pandai plak tdq masuk buai..xcari ibu pun[em:24:] [em:24:] |
|
|
|
|
|
|
|
Oo..baby pkp la ni, mak ayah BDR yg jadi macam ni. Tapi sy sendiri hantar anak kali pertama kat pengasuh masa umur 3 bulan tu..dgr baby menangis tak tahan..laju je air mata mengalir. Sama jgk hantar ke tadika.
Yg no. 2, kuat melalak...sampai emo jgkla bwk kereta tinggal rumah jap..balik rumah pujuk pegi tadika. Rasa bersalah dengan kekejaman masa lalu.
Sekarang anak2 dah besar....yg bungsu pun dah 6 tahun. Pejam celik diorang dah masuk asrama, lepas tu universiti.....life goes on. Tinggal berdua balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
wei jgn ckp mcm tu, i pun masa anak sulung lah paling stress sbb xde experience dan dh biasa hidup solo xde tanggungjawab. tiber dpt baby colic asik melalak sampai malam buta, parents pulak dok ckp anak kena kacau, ada bawak gi emergency kol 2pg pun penah sbb she wont stop crying. Alhamdulillah now dh 2nd yr kat ivy league uni.
My point is let have some empathy shall we?
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi tension bila balik kg, anak asyik menangis while anak org lain/anak sedara yg sebaya lek2 je duk golek2 sorang2... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya..ada kwn cam gitu juga..tapi apa boleh buat..kehidupan kena teruskan..doa lah byk2 bagi kesabaran tu tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
|
My youngest pun macam ni. Asyik nak berkepit je. Siksa sangat masa I sedang buat postgraduate di US. Terpaksa ambil kelas bergilir dengan husband tapi ada yang class clash.
Mula2 terpaksa panggil baby sitter datang rumah tapi dia melalak juga. hantar rumah baby sitter, melalak juga and tak mahu masuh dalam rumah orang tu. Sampai baby sitter tu taknak jaga my daughter ni.
pastu lst2 hantar kat nursery church.Kat situ mula2 mengangis juga tapi mereka pandai pujuk.
Bila pindah university lain di state lain. Mula semula cycle melalak tersebut. Betul2 stress. I ada juga hantar ke nursery university dan juga bawa dia ke class. My lecturere faham dan tak kisah sebab kami ber3 je yang masuk kelas.
Uhhh memang mencabar betul belajar bila ada anak kecil.Tabik kepada orang yang tabah belajar dengan anak2 kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 anak lain perangai. Memang ada yg kuat menangis , masa dlm hari menangis siang malam. Ada yg mudah. Tapi oleh sebab kita ibu bekerja ,terpaksa tinggalkan juga pada maids dan juga baby sitters. Sebab keadaan terpaksa , lama2 babies tu boleh adapt. Letih memang letih, tak cukup tidur pun ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada babies kena susun cara kita uruskan rumah. Saya memang pening kalau rumah bersepah ,tak terurus. Kerusi , sofa senget pun rasa rimas. Kekadang tidur sampai pukul 2 pagi, kemas rumah atau iron pakaian sebab nak tinggalkan rumah pergi kerja pun tak suka rumah bersepah. Bila balik dr kerja tak berserabut. Memang bila ada baby letih lah |
|
|
|
|
|
|
|
Slowly train baby tu utk main sendiri sambil sambil mom buat kerja perhatikan baby. Belikan mainan ke buku ke atau apa apa yg mudah menarik perhatian dia, x kisah la apa janji dia boleh leka dan mainan tu selamat ya (xde benda kecil boleh masuk mulut etc). Baby pon ada masa me time dia jgk dia nk bermain biarkan je. Masa dia nak tido atau lapar atau dia poo poo mmg dia akan merengek menangis. Jaga schedule tidur dan makan/menyusu utk kurangkan ragam baby. |
|
|
|
|
|
|
| |
|