View: 991|Reply: 0
|
Billie Eilish hidap sindrom tourette
[Copy link]
|
|
Eilish kecewa sakitnya menjadi bahan ketawa.
PENYANYI Billie Eilish akui tersinggung apabila ada pihak mempersendakan penyakit sindrom tourette iaitu keadaan dimana melakukan perbuatan berulang dialaminya sejak usia 11 tahun.
Menurut Eilish sakitnya itu akan jelas kelihatan apabila dia terlibat menjalani sesi penggambaran yang memakan masa terlalu lama.
"Anda akan nama banyak perbuatan berulang apabila terlibat dengan saya melakukan rakaman untuk tempoh yang lama.
"Ramai yang ketawa dengan keadaan saya kerana mereka fikirkan saya cuba menjadi seorang yang kelakar. Saya tersinggung dengan perkara tersebut," katanya.
Menurut penyanyi lagu Bad Guy ini, dia tidak ada masalah untuk berkongsi tentang penyakit tersebut.
Dalam masa sama, dia juga mendedahkan ramai rakan artis turut mengalami penyakit itu.
"Saya suka berkongsi tentang penyakit ini kerana ia sesuatu yang menarik.
"Ramai rakan artis memberitahu mereka alami masalah sama, namun saya tidak mahu mendedahkan nama kerana mereka enggan bercakap tentang perkara tersebut," jelasnya. -BUZZFEED
https://www.mstar.com.my/spotlig ... ng-bila-diketawakan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|