Pesohor dunia hiburan Bollywood, Madhuri Dixit dikecam kerana tidak melayan permintaan bergambar selfie daripada seorang peminatnya.
Menerusi sebuah video pendek dikongsi The Hindustan Times, Madhuri hanya menyebut perkataan ‘Aaaaa’ kepada permintaan peminat yang mahu berselfie dengannya sebelum masuk ke kereta.
Kredit foto: Times of India
“Madam, boleh kita bergambar, selfie,” tanya suara peminatnya. Namun permintaan tersebut diabaikan Madhuri. Kejadian tersebut berlaku baru baru ini di hadapan sebuah restoran di Mumbai, India.
Tindakannya mengabaikan permintaan tersebut mengundang kritikan dalam kalangan warganet kerana bintang Fame Game itu sempat menghabiskan masa memberi pose kepada paparazi.
Madhuri dilihat bukan sahaja memberi pose, tetapi melambai dan terlihat sangat mesra saat paparazi merakamkan aksinya secara solo dan berdua dengan suaminya, Doktor Shriram Nene selepas keluar dari sebuah restoran.
Pengguna media sosial kemudian beramai ramai menyifatkan aktres berusia 55 tahun itu sebagai sombong dan lupa dirinya popular selama ini kerana sokongan dan kecintaan peminat.
Tanpa peminat yang menyokong termasuk hadir ke panggung wayang dan tidak kedekut berhabis wang ringgit untuk mereka, mengabaikan permintaan selfie selepas dirinya meluangkan masa berposing di hadapan paparazi sebagai sebuah tindakan yang amat mengecewakan.
“Kadang-kadang mereka terlupa bagaimana boleh menjadi popular. Ia adalah atas sokongan peminat. Dan kemudian mereka (artis) rasa diri sangat istimewa,” tulis seorang netizen seperti dilaporkan portal tersebut.
Sumber: Gempak |