|
Banjir kilat beberapa tempat di Seremban
Air pada paras lutut melanda Kampung Semarak Rahang, Seremban, malam ini. - Foto ihsan pembaca
SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 60 rumah penduduk di Kampung Semarak Rahang di sini, dinaiki air susulan banjir kilat malam ini.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK), Hassan Hussin, 65, berkata air mula naik pada sekitar jam 8 malam, selepas hujan lebat turut sejak 6 petang tadi.
"Tidak sampai dua jam hujan, air mula naik ke kawasan halaman rumah penduduk. Kira-kira 60 buah rumah dinaiki air sedalam 1.2 meter di dalam rumah.
"Kebanyakan penduduk berada di rumah ketika banjir naik dan setakat ini, tiada perkara tidak diiingini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, penduduk kampung berkenaan, Zaharuddin Abd Majid, 43, berkata air naik dengan cepat dan penduduk bertungkus lumus menyelamatkan barang berharga.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamat mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. - Foto ihsan APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamat mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. - Foto ihsan APM
Sebahagian kediaman penduduk di Kampung Semarak Rahang, Seremban banjir kilat. - Foto ihsan pembaca
Katanya, pihak keselamatan yang dihubungi sukar sampai ke lokasi kerana terhalang banjir.
"Ada penduduk yang tidak sempat mengalihkan kenderaan kerana air cepat naik.
"Ini kali kedua banjir kilat melanda kawasan ini selepas Disember lalu," katanya.
Beberapa penempatan lain seperti di Blok C Ampangan dan rumah penduduk di pinggir Sungai Linggi dan Kampung Ismail di sini turut dinaiki air banjir.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -tempat-di-seremban
|
|