CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Terengganu] RM120 juta untuk naik taraf paip dasar laut ke Pulau Redang

[Copy link]
Post time 7-5-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berhasrat menaik taraf paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Redang memandangkan paip sedia ada berusia 25 tahun semakin uzur dan sering mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, berkata peruntukan sebanyak RM120 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip dasar laut sepanjang kira-kira 23 kilometer itu.

"Sekarang ini, paip dasar laut itu selalu pecah dan menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air kepada penduduk di pulau peranginan serta sebahagian pengguna di daerah Setiu.

"Setiap kali berlaku kerosakan, kita kehilangan hampir 50 peratus bekalan air bersih malah terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi sebanyak RM70,000, oleh itu kita sedang berusaha mencari peruntukan RM120 juta sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurutnya, setiap kali berlaku kes paip pecah di dasar laut, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) terpaksa mengurangkan tekanan bagi mengelak lebih banyak air keluar dan berlaku pembaziran.

"Ini akan menyebabkan pengguna akaun yang tinggal di kawasan penghujung berdepan masalah gangguan bekalan air kerana tekanan sangat rendah. Kes paip pecah semakin kerap berlaku dan terbaharu ialah dua minggu lepas," katanya.

Sebelum ini, SATU terpaksa melakukan agihan bekalan air secara berjadual di beberapa kawasan di empat daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut untuk memastikan pengguna dapat meraikan Aidilfitri dengan selesa.

Bekalan air ditutup bermula dari 12 tengah malam hingga 4.30 pagi untuk memastikan bekalan air pada waktu siang tidak terjejas sepanjang tempoh perayaan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... aut-ke-pulau-redang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.576333 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list