CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6918|Reply: 24

Piala Malaysia 2010.. (update game mlm td 20.9.10 post #19)

[Copy link]
Post time 15-9-2010 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zidlan at 21-9-2010 12:53

Selangor, N. Sembilan mula langkah kanan


Penyerang Selangor, Mohd. Safee Mohd Sali (kiri) diasak pemain T-Team, Harizul Izuan Abd. Rani pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Noor Asrekuzairey Salim

KUALA LUMPUR - Hasrat pengendali Selangor, K. Devan untuk meraih tiga mata pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2010 terlaksana selepas menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Shah Alam semalam.
Selangor yang diletakkan dalam Kumpulan D bersama T-Team memulakan kempen dengan langkah kanan hasil jaringan D. Surendren pada minit ke-50, sebelum pemain gantian Rudie Ramli menambah gol pada minit ke-80 diikuti gol R. Surendren di minit ke-90
Gol Surendren berpunca daripada rembatan jarak dekat, manakala Rudie yang menggantikan Safee Sali pada minit ke-78 berjaya mencatat nama sebagai penjaring selepas menerima hantaran cantik Amirul Hadi Zainal.
T-Team yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Nur Alif Zainal Abidin dilayangkan kad merah kerana mengasari Amirul Hadi pada minit ke-25, memperoleh gol saguhati dimasa kecederaan melalui Rosli Muda.
Sementara itu, pertembungan Kumpulan A, Negeri Sembilan juga berjaya meraih tiga mata apabila menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, gol berpunca daripada sepakan penalti yang disempurnakan Abd. Halim Zainal pada minit ke-74.
Pemain pertahanan Kelantan, S. Subramaniam menjatuhkan Idris Karim pada minit ke-73 dan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan.
Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah gagal mencatat kemenangan selepas sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di mana gol Perak disempurnakan oleh Shahrizal Mohd. Saad minit ke-16 dan Safhuan Hadli menerusi sepakan penalti pada minit ke-28.
Sementara ATM memperoleh jaringan melalui Saiful Mustafa pada minit ke-49 dan sepakan penalti V. Saravanan pada minit ke-66.
Terengganu pula bermula dengan langkah kiri selepas tewas 1-3 kepada Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. gol tunggal tuan rumah disumbangkan Abdul Rayjal Abdul Jalil pada minit ke-75, manakala Pahang berbangga dengan jaringan Marzuki Yusof (gol sendiri) pada minit ke-12, Mohd. Fazli Baharuddin (67) dan Mohd. Faizol Hussain (82).
Di Stadium Utama, Perlis berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Felda United di mana pasukan Singa Utara memperoleh jaringan melalui Ahmad Fakri Saarani (minit ke-52 dan 90), manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Azrul Ahmad minit ke-85.
Felda yang hampir mengikat Perlis memperoleh gol melalui Fatrurazi Rozi minit ke-49 dan G. Puvaneswaran minit ke-86, kedua-dua pasukan ditempatkan di dalam Kumpulan A.
Turut mencatat kemenangan ialah PKNS yang menang tipis 1-0 ke atas KL Plus di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hasil jaringan tunggal Mohd. Fadil Hashim melalui sepakan percuma, manakala Kuala Lumpur dan Sabah yang beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur terikat 0-0.
Di Stadium JCorp, Kedah berjaya mengikat Johor FC 1-1 dan mendahului seawal minit kedua melalui Baddrol Bakhtiar sebelum Wan Rohaimi Wan Ismail menyamakan kedudukan di minit ke-88.
____________________________________________________________________________________

Malam tadi sempat pergi tengok game antara selangor dengan T-Team yang berkesudahan 3-1. Maklumlah dapat tiket free. Pegi pun dgn ex penang player sukor mohamad (skrg dia main dan kerja dgn JPJ) Thanks pak kot....

# Ulasan game malam tadi - permainan jadi tak seimbang bila pemain T-Team kena buang padang. Mula-mula kad kuning tapi bila dia bantah keputusan pengadil jadi dapatlah habuan kad merah tapi kalau tengok masa tu Amirul Hadi bukan kena tarik pun tapi dia jatuh sendiri dan dia pun tak protes pada pengadil cuma pengadil yang pada matanya Amirul ditarik. Tapi 1st half Selangor masih buntu untuk menjaringkan gol sebab defend T-Team bertahan dengan baik. Cuma bila 2nd half je baru nampak kesungguhan Selangor untuk menyerang dan devan pun beberapa kali melenting tengok anak buah dia gagal jaringkan gol. Lagi satu kenapa pengadil tamatkan permainan masa bola dalam jaring ye lepas T-Team score. Bukan ke kena sepak mula dulu ke baru tiup wisel penamat?

# Stadium Shah Alam pula masa buat pengumuman melalui siar raya dia tak berapa jelaslah. Adush macam suara orang berbisik pula. Lagi satu Hall of Fame kalau dalam bahasa Melayu Dewan Pemasyhuran yang terletak dekat pintu masuk orang kenamaan @ VIP tidak dijaga dengan baik. Walaupun cuma dapat tengok dari luar tapi dengan kotor dan berselerak gambar atas lantai menunjukkan kawasan tersebut tidak dijaga dengan baik.

P.s. ada masa nanti boleh tepek pic yang amik dekat stadium malam tadi dgn tiketnya skali momod nak tacang bleh.... hehehe


Tiket percuma jadi tiada tanda hargalah...


Gambar ini diambil beberapa saat sebelum T-Team jaringkan gol minit 90++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 09:14 PM | Show all posts
?? oh yes..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 10:14 PM | Show all posts
KEJOR YOB KEJOR!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 05:44 PM | Show all posts
hobin pueh2.. kolantan putih mato
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:05 AM | Show all posts
malam ni piala malaysia bersambung lagi

saksikan
LIVE di ARENA & RTM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 09:15 AM | Show all posts
Reply 5# lordvoldemort


enchek sokong team mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 09:19 AM | Show all posts
Reply  lordvoldemort


enchek sokong team mana?
zidlan Post at 17-9-2010 09:15



darah gua HIJAU KUNING
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 09:26 AM | Show all posts
ahahha orang utara ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 01:41 PM | Show all posts
malam ni ada game tak kt stdm shah alam?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 03:22 PM | Show all posts
ayuh kelatee..
gomo kuat sket...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 04:12 PM | Show all posts
malam ni live ARENA Felda  v Selangor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 11:52 AM | Show all posts
Update perlawanan malam tadi.....

Piala Malaysia: Selangor terus garang

PEMAIN Selangor, P Gunalan hilang kawalan akibat ditolak pemain FELDA United FC, Nizam Abu Bakar (kanan) pada perlawanan Kumpulan D Piala Malaysia, di Stadium Kuala Lumpur, malam tadi. Selangor menang 4-1.

T-Team bangkit belasah Perlis 4-0 di Kuala Terengganu

SELANGOR mempamer isyarat jelas untuk menjulang Piala Malaysia musim ini dengan mencatat kemenangan kedua berturut-turut dengan menjadikan FELDA United sebagai mangsa menerusi kemenangan besar 4-1 di Stadium KLFA di Cheras, semalam.

Pertembungan Kumpulan D yang membabitkan dua juara liga domestik - Liga Super dan Perdana itu - nyata menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan yang menyaksikan tiga gol terhasil dalam separuh masa pertama perlawanan.

Gergasi Merah yang memiliki rekod terbanyak kejuaraan Piala Malaysia dengan 32 gelaran berada di depan seawal minit pertama perlawanan hasil jaringan D Surendran menerusi sepakan percuma yang melepasi jangkauan penjaga gol FELDA, Zainal Rabin.

Pasukan bimbingan K Devan itu menambah gol kedua pada minit ke-30 hasil jaringan Safiq Rahim menerusi sepakan leret padu selepas hantaran cantik Amirulhadi Zainal.

Ketinggalan dua gol menyaksikan anak buah E Ealavarasan menguatkan jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang menerusi Nizam Abu Bakar yang tidak melepaskan peluang keadaan kucar kacir di pintu gawang Selangor pada minit ke-40.

Memasuki babak masa kedua, tuan rumah yang ketinggalan berusaha keras melancarkan asakan namun gagal, sebaliknya Selangor menambah jaringan menerusi Safee Sali (m-58) sebelum Amirulhadi mencetak nama dalam senarai penjaring pada minit ke-72.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, Haris Safwan Kamal muncul wira buat tuan rumah T-Team dengan jaringan hatrik ketika membelasah Perlis 4-0.

Haris Safwan mendapat dua gol pada babak pertama pada minit ke-23 dan 45 selepas bergandingan baik dengan Harizul Izuan Abd Rani dan gol terakhir pada minit ke-86, selepas Rosli Muda menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-67.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 11:53 AM | Show all posts
Dua gol Baddrol kecewakan Perak
2010/09/18


KEDAH mula menemui sentuhan sebenar apabila mudah menewaskan Perak 2-0 untuk menduduki tangga teratas saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Barisan kendalian Ahmad Yusoff sekali lagi bersandarkan kepada kelincahan pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan penjaring gol dalam perlawanan pertama di gelanggang Johor FC, Selasa lalu.

Seawal minit kedua, Baddrol membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gol muda Perak, Kamarul Affendi hingga menyaksikan penguasaan penuh tuan rumah selepas itu.

Dengan jentera serangan bertali arus dari kiri dan kanan, termasuk dari Khyril Muhymeen Zamri serta ketua pasukan, Sabre Abu yang rajin mengemudi jentera tengah, Kedah terus mencemaskan benteng rapuh Perak yang diterajui K Nanthakumar.

Dan anak buah Raja Azlan Shah Raja Shoib terus menderita apabila Baddrol sekali lagi menggegar gawang apabila rembatan leretnya ke sebelah kanan gagal dibaca Kamarul pada minit ke-40 untuk membolehkan Kedah selesa menuju ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, arus permainan bertukar apabila anak buah Raja Azlan mempamer peningkatan untuk sekali-sekala mencemaskan penjaga gol Helmi Rizal Alias di gawang tuan rumah tetapi terus dibelenggu penyudahan tumpul.

Sebaliknya, Hijau Kuning tampak sudah berpuas hati dengan tiga mata yang diraih hinggalah perlawanan tamat.

Dalam satu lagi saingan kumpulan yang sama di Stadium Selayang, Tentera yang terikat dengan Perak sebelum ini, mengutip satu lagi mata apabila mengikat Johor FC pula 1-1.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 11:55 AM | Show all posts
Manaf buat Sabah terus gigit jari
Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Asrol Awang
[email protected]
2010/09/18


DUA jaringan Abdul Manaf Mamat memusnahkan usaha Sabah menghadiahkan kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia apabila mengikat tuan rumah 2-2 di Stadium Likas, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus mengulang episod kehampaan Sabah yang sebelum ini turut seri 0-0 dengan Kuala Lumpur pada aksi pembukaan kumpulan Selasa lalu manakala Terengganu pula meraih satu mata sulung.

Beraksi di depan kira-kira 10,000 penonton, Sabah kelihatan garang apabila menyerang bertubi-tubi kubu lawan sebelum memecah kebuntuan sejurus sebelum wisel rehat menerusi Mohd Farid Idries yang menolak masuk hantaran silang Zainizam Marjan dari kanan pintu gol.

Sebaik babak kedua bermula, pasukan tuan rumah terus menambah jaringan pada minit ke-54 selepas perebutan dalam kotak penalti menyaksikan Rosdin Rosli menanduk hantaran kepada Zainizam yang kemudian ditanduk masuk untuk gol kedua Sabah.

Bagaimanapun, kesilapan pemain Sabah, Zulamri Mohamad yang menarik baju Abdul Manaf di dalam kawasan bahaya menukar kemeriahan pesta gol tuan rumah apabila Abdul Manaf menyempurnakan sepakan penalti menumpaskan penjaga gol, Azizon Abdul Kadir.

Jaringan itu menyuntik semangat pelawat khususnya Abdul Manaf yang mengumpan hantaran ke dalam kotak penalti, empat minit selepas itu, sebelum disudahkan Mohd Firdaus Md Fauzi untuk mengesahkan satu mata Terengganu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B, pertemuan antara Pahang dan Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan dibatalkan berikutan masalah lampu limpah yang tidak berfungsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2010 11:55 AM | Show all posts
Kelantan menang, NS-KL Plus terikat
Oleh Syed Riduan Ahmad dan Mohd Amin Jalil
[email protected]
2010/09/18


BEKAS penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli muncul wira buat Kelantan untuk mencatat kemenangan sulung Kumpulan A Piala Malaysia, dengan menewaskan PKNS 1-0 di Stadium MBPJ, malam tadi.

Akmal yang masuk sembilan minit selepas babak kedua, menjaringkan gol kemenangan buat finalis musim lalu itu apabila mudah menyudahkan hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-73.

Begitupun, tuan rumah yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim sepatutnya menyamakan kedudukan pada minit terakhir saingan apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan kapten Mohd Fadhil Mohd Hashim diselamatkan Syed Adney Syed Hussain.

Kemenangan tipis skuad kendalian B Sathianathan itu menghidupkan kembali peluang mereka selepas dikecewakan juara bertahan, Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang sendiri, Selasa lalu.

Sebaliknya, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan yang sama apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang KL PLUS di Stadium Tuan Abdul Rahman Paroi.

Pelawat yang dibimbing Janos Krecska dan tewas dalam perlawanan pertama kepada PKNS terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 menerusi Irwan Fadzli Idrus yang menanduk masuk sepakan sudut Mohd Abdul Aziz Ismail pada minit ke-36.

Begitupun, Rezal Zambery Yahya menjadi penyelamat untuk menceriakan kira-kira 3,000 penyokong setia tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan dengan menanduk masuk hantaran Shukor Adan pada minit ke-63.

Negeri Sembilan kini memimpin Kumpulan A dengan 4 mata hasil satu kemenangan dan satu seri, diikuti Kelantan dan PKNS yang berkongsi 3 mata manakala KL Plus hanya memungut satu mata.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2010 03:43 AM | Show all posts
Haha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2010 11:50 AM | Show all posts
apara Pahang, 2 jawatan tertinggi depa punya tapi....
lampu punya pasai....

dulu waktu RTM tunjuk live pon cancel gak, hujan ciput saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 06:35 PM | Show all posts
malam ni


8:45M         Selangor PKNS         vs         Negeri Sembilan
8:45M         Kelantan         vs         KL PLUS FC
8:15M         Sabah         vs         Pahang
8:45M         Terengganu         vs         Kuala Lumpur
8:45M         ATM         vs         Kedah
8:45M         Johor FC         vs         Perak
8:45M         Felda United FC         vs         T-Team
8:45M         Selangor         vs         Perlis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 12:42 PM | Show all posts
update game malam tadi 20.9.2010

Selangor nyaris terperangkap


TONGGAK Selangor, Mohd Safee Mohd Sali melepasi halangan ketika diasak pemain Perlis, M Hazrul Mustafa (kanan) pada perlawanan Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, malam tadi. Tuan rumah menang 1-0.
Merah Kuning terpaksa menunggu hingga minit ke-72 pecah kebuntuan

SKRIP sama ketika bertemu T-Team pada perlawanan pertama berulang lagi di Stadium Shah Alam, malam tadi kali ini Selangor terpaksa menunggu sehingga minit ke-72 untuk memecah kebuntuan menerusi Mohd Nasriq Baharom ketika menewaskan Perlis 1-0 dalam saingan Piala Malaysia.

Aksi hambar anak buah K Devan, yang mungkin sudah selesa dengan dua kemenangan yang dicapai pada dua perlawanan Kumpulan D sebelumnya, seakan mahu berkongsi mata dengan pasukan pelawat yang tampak lebih agresif mengawal bola melakukan serangan. Namun, sepakan percuma diambil Safiq Rahim berjaya disempurnakan Mohd Nasriq untuk memastikan Selangor mengekalkan rentak kemenangan dalam peringkat kumpulan kempen, musim ini.
Dalam perlawanan lain kumpulan sama, T-Team mula menunjukkan prospek mampu layak ke suku akhir selepas menewaskan juara Liga Perdana, Felda United 2-1 di Stadium Cheras.

Perlis yang menguasai permainan, tampak lebih cenderung menghasilkan gol tetapi ketangkasan penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad yang menyelamatkan beberapa percubaan tepat lawan, menghampakan harapan Singa Utara.

Peluang terbaik Perlis muncul pada minit ke-11 apabila dihadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti selepas bola ditahan Khairul Anuar Baharom ditangkap penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad, namun berjaya diselamatkan barisan pemain Selangor yang memenuhi pintu gawang.
Perlis terus mengasak dan sekali lagi berpeluang membuka jaringan menerusi tendangan percuma, tetapi sepakan Mohd Fakri Saarani dari luar kotak penalti sekadar melepasi palang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 12:43 PM | Show all posts
Sabah, KL lakar kemenangan pertama

SABAH dan Kuala Lumpur ceria mencipta kemenangan pertama dalam kancah Piala Malaysia, musim ini selepas cemerlang menewaskan lawan masing-masing dalam saingan Kumpulan B, malam tadi.

Wakil tunggal Borneo itu mengejutkan Pahang 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala di Stadium Sultan Ismail, tuan rumah Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur. Gol pertama Sabah hasil jaringan Leopold Alfonso Otong pada minit ke-72 yang tenang menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Rosfaizal Azuar Ali dan kira-kira 10,000 penyokong skuad Badak bersorak apabila Alto Linus menjaringkan gol kedua pada mini ke-80 hasil hantaran lintang bekas pemain kebangsaan, Zainizam Marjan. Di Terengganu, permainan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Kuala Lumpur mencipta jaringan tunggal hasil jaringan kapten pasukan Azidan Sharuddin pada minit ke-63 menerusi sepakan percuma.

Sementara itu dalam saingan Kumpulan C, Johor FC kembali menemui sentuhan kemenangan selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang disamping pertembungan di antara Tentera dan Kedah berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Penguasaan Johor FC jelas ketara dengan memperoleh gol seawal minit ke-7 hasil jaringan Mohd Khairul Ismail menerusi sepakan percuma dari luar kota penalti melencong tepat ke penjuru kanan pintu gol pelawat sukar dibaca penjaga gol lawan, Kamarul Effandi.

Dan tuan rumah menemui sentuhan jaringan kedua pada minit ke-53 berpunca sepakan sudut Eddy Helmi menyaksikan Mohd Hamzani menanduk kemas menewaskan Kamarul Effandi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list