CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Terengganu] Bengang anak ditampar, lelaki pukul rakan sekelas anak

[Copy link]
Post time 26-4-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Murid lelaki menanggung kesakitan selepas dicekik bapa rakan sekelasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1 tengah hari ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di luar pagar sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, mangsa dan rakannya sebelum itu bermain di luar kawasan sekolah sebelum berlaku perselisihan faham.

Beliau berkata, mangsa dikatakan menampar rakan sekelasnya sebelum rakannya itu mengadu kepada bapanya (suspek) ketika lelaki terbabit menjemputnya.

"Kejadian itu menyebabkan suspek bertindak agresif dengan mencekik mangsa dan menjatuhkan murid itu ke tanah sehingga menyebabkan dia mengalami luka kecil di kepala dipercayai akibat terkena batu.

"Susulan kejadian itu, pihak sekolah menghubungi bapa mangsa sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rakan-sekelas-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.296635 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list