CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Terengganu] Tidak sempat sambut Aidilfitri bersama anak bongsu

[Copy link]
Post time 21-4-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba menaikkan mayat mangsa. Gambar keci; Abdul Rahim Mat. FOTO Ihsan Bomba.

Jertih: Hasrat seorang bapa menyambut Aidilfitri kali pertama dengan anak bongsunya tidak kesampaian apabila maut selepas terjatuh ke dalam sungai bersama jengkaut yang dipandunya di Kuala Besut, semalam.

Mangsa, Abdul Rahim Mat, 50, ditemukan lemas selepas terjatuh bersama jengkaut ke dalam sungai ketika melakukan kerja pembinaan, kira-kira 2 petang.

Isteri mangsa, Siti Nurul Zaini Zahari, 36, berkata, arwah tidak sabar mahu bercuti panjang sempena Aidilfitri bermula 28 April sehingga 7 Mei depan.

"Sepatutnya Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan kelahiran anak bongsu kami kerana jarak antara anak kedua dengan ketiga kira-kira 13 tahun. Jika diikutkan ini kali pertama kami akan beraya berlima.

"Arwah memang tidak sabar-sabar mahu melihat anak kami yang kini berusia lebih sebulan cepat besar. Sejak dalam kandungan lagi arwah sering menyebut ingin membawa bayi ke Langkawi dan Sabah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, di sini.

Siti Nurul Zaini berkata, kali terakhir dia bertemu arwah Isnin lalu sebelum suaminya bertolak ke tempat kerja dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan ke Kuala Besut, Terengganu.

"Arwah memang balik setiap hujung minggu selepas hampir dua bulan bekerja di situ. Sepanjang Ramadan ini dia akan tidur sekejap selepas sahur dan solat Subuh sebelum bertolak ke tempat kerja sekitar jam 8.30 pagi.

"Namun, Isnin lalu selepas solat Subuh dia terus keluar rumah. Sebelum bertolak dia sempat mendukung serta menggosok kepala anak bongsu," katanya.

Dia berkata, arwah sangat teruja dapat bekerja berhampiran kampung serta sanggup belajar memandu pelbagai jentera berat lain kerana tidak mahu berjauhan dengan anak-anak selepas lebih 10 tahun bekerja di Sabah.

"Arwah sangat rapat dengan ketiga-tiga orang anak kami terutama yang bongsu.

"Jika diikutkan pada 4 Jun nanti dia akan menjadi wali untuk majlis akad nikah anak sulungnya bersama bekas isteri di Kedah," katanya.

Siti berkata, sebelum kejadian arwah ada menghubunginya bertanya khabar anak-anak dan sempat memberitahu tidak larat.

"Saya terkejut menerima berita suami terjatuh ke dalam sungai bersama jengkaut kerana baru beberapa jam berbual dengannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut Mohamad Jusoh berkata, mereka menerima panggilan pada 2.24 petang dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Besut dikejar ke lokasi kejadian, dan turut dibantu BBP Jertih.

"Seorang mangsa ditemui anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM pada kedalaman kira-kira tiga meter pada 3.49 petang di lokasi dia terjatuh dan disahkan sudah meninggal dunia.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke unit forensik Hospital Besut untuk bedah siasat. Operasi tamat kira-kira jam 4.12 petang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bersama-anak-bongsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 174863 Replies : 4055
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3299 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72831 Replies : 2947
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21391 Replies : 116
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45035 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6563 Replies : 78
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 28129 Replies : 202
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1616 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.078042 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list