CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Terengganu] Perairan Terengganu selamat untuk aktiviti selaman

[Copy link]
Post time 19-4-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode

MAZLAN Abd. Ghaffar (lima, dari kiri) bersama penerima sumbangan selepas majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, UMT di Kuala Nerus semalam.

   

KUALA NERUS: Perairan Terengganu terutama di pulau-pulau peranginan selamat bagi sebarang aktiviti selaman skuba termasuk bagi tujuan latihan.

Menurut penyelam skuba saintifik, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, tahap keselamatan peminat sukan ekstrem itu adalah terjamin selagi pihak operator perkhidmatan berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, selaman skuba merupakan aktiviti rekreasi air paling selamat berbanding berenang atau snorkel.

“Setiap penyelam skuba dibekalkan dengan peralatan pernafasan, cuma, dalam kes di Johor, didapati wujud pelanggaran SOP,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini semalam.

Pada 6 April lalu, empat penyelam warga Eropah dilaporkan hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol di Mersing, Johor, bagaimanapun, tiga daripadanya termasuk jurulatih, Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat.

Keempat-empat mereka dikatakan menyelam di dasar laut selama 45 minit, sebelum naik ke permukaan dan membuat selaman kedua selama 20 minit lagi.-UTUSAN ONLINE


https://www.utusan.com.my/berita ... k-aktiviti-selaman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 2.036665 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list