CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 1

[Terengganu] 11 pelajar lelaki direman bantu siasatan kes pukul

[Copy link]
Post time 19-4-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 11 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus direman di Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan rakan sekolah mereka. - Foto GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 11 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus, di sini, bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan rakan sekolah mereka.

Semua pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, suspek dikatakan memukul dan menyepak mangsa yang berusia 14 tahun pada jam 11.30 malam Khamis lalu.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan lebam pada peha kiri dan kanan.


"Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 9.40 malam kelmarin (Ahad).

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka.

"Semua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Terdahulu, semua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman.

Penolong Kanan Pendaftar Kuala Terengganu Norina Maludin kemudian membenarkan kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi siasatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... -siasatan-kes-pukul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 09:38 AM | Show all posts
x habis2 kes buli....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 1.155254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list