CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Terengganu] Guru dihanyut arus sungai dikhuatiri lemas di Setiu

[Copy link]
Post time 16-4-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
SETIU: Seorang guru dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Sugani Yasin, 51, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh dekat Permaisuri di sini, dikatakan menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi berkenaan bersama 14 rakannya yang lain.

Seorang rakan mangsa, Khairul Azri Abdullah, 44, berkata mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu 10 orang turun menarik pukat, manakala dia bersama empat lagi rakan termasuk mangsa berjalan di kawasan berkenaan kerana air sedang surut.

"Saya jalan di belakang sekali... keadaan memang gelap, air hanya di paras lutut kami sahaja, tapi tiba-tiba kami semua terjatuh ke dalam lubang air yang berpusar.


"Saya hanya sempat selamatkan tiga orang dan hilang tenaga, sudah tak berdaya untuk selamatkan Sugani yang hilang dihanyutkan arus. Kemudian kami terus buat panggilan kecemasan kepada polis dan bomba," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam tadi dan pasukan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan 42 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam sehingga kini masih belum menemui mangsa," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... tiri-lemas-di-setiu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 176220 Replies : 4057
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6890 Replies : 81
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21634 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5167 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3501 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45237 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.481958 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list