CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Terengganu] Polis kesan individu pandu kereta lawan arus

[Copy link]
Post time 16-4-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar sebuah kereta (kanan) yang dipandu secara melawan arus di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kuala Abang, Dungun semalam.


DUNGUN – Pengguna jalan raya gempar dengan perbuatan seorang individu yang memandu kenderaannya secara melawan arus di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan antara Kuala Abang dan persimpangan Tanjung Jara di sini semalam.

Berdasarkan klip video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perbuatan individu terbabit memandu melawan arus adalah berbahaya dan boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna lain.

“Kita sedang giat mengesan individu terlibat termasuk menghubungi pihak yang telah memuat naik video berkenaan ke media sosial.

“Berdasarkan video itu, ia melibatkan sebuah kenderaan berwarna kelabu yang dipandu secara melawan arus,” katanya di sini hari ini.

Baharudin berkata, setakat ini, model dan nombor pendaftaran kenderaan terbabit masih sedang dikenalpasti.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi polis atau balai polis terdekat untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... 16-at-09.31.55.jpeg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.593168 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list