CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1288|Reply: 7

Lirik lagu berhantu ‘jual’ Raffa Affar di Malaysia

[Copy link]
Post time 15-4-2022 11:17 AM | Show all posts |Read mode

PENANGAN lirik viral lagu Cinta Sampai Mati membuatkan Raffa Affar mengecap populariti segera di negara ini.

Lirik lagu berhantu ‘jual’ Raffa Affar di Malaysia

FENOMENA Cinta Sampai Mati yang meraih 26 juta tontonan menerusi YouTube dalam tempoh dua bulan memperkenalkan nama penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar hingga ke negara ini.

Bait lirik ‘dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ yang trending dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia sentiasa berkumandang setiap kali membuka TikTok mahupun Instagram.

Lenggok vokal Raffa yang mendayu-dayu membuatkan dendangan ciptaan isteri pemain gitar Kangen Band, Ayu Rizki Yani itu memberi nilai tambah dan kedengaran sangat mengasyikkan.

Andai selama ini anak muda tersebut lebih dikenali sebagai personaliti media sosial yang membawakan lagu saduran, Cinta Sampai Mati merealisasikan impiannya untuk merakamkan single.


LIRIK berhantu yang antaranya berbunyi ‘dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’ menjadikan single Cinta Sampai Mati nyanyian Raffa meraih jutaan tontonan dalam YouTube.
“Saya akui sudah lama teringin mempunyai single original sendiri dan bersama penghasilan Cinta Sampai Mati, semua ini umpama impian menjadi kenyataan.

“Sudah tentu saya berharap kehadiran dendangan ini memenuhi kehendak dan cita rasa penggemar muzik bukan hanya di Indonesia, malah di Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Bagi single perdana ini, bersama dengan sokongan pasukan syarikat rakaman, kami cuba menghasilkan genre muzik yang sedikit berbeza dengan lagu viral lain sebagai eksperimentasi,” katanya.

Kongsi anak muda kelahiran Jawa Barat itu lagi, asalnya single berkenaan diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan label Botram Media Entertainment kepada tajuk yang lebih universal.

“Kami mahu lagu ini mampu menyampaikan mesej tepat kepada khalayak iaitu cinta terhadap insan kesayangan sama ada ibu bapa yang masih ada mahupun yang sudah pergi, keluarga atau pasangan.

“Maka terciptalah judul baharu yang mempunyai lirik lebih segar sebagai pengisian tepat untuk intipati dendangan seperti ‘dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’.

“Selepas melakukan sedikit perubahan, menjelang pelancaran lagu ini pihak label meletakkan judul Cinta Sampai Mati,” kongsinya dengan penuh semangat.


SEBELUM namanya menjadi sebutan, Raffa dahulunya aktif menyanyikan lagu bersadur ketuhanan.

Mengenali pemilik nama sebenar Raffa Aldiansyah itu dengan lebih dekat, sebelum ini dia cenderung membawakan semula lagu genre ketuhanan termasuk selawat serta nasyid.

Begitupun, Raffa yang aktif memuat naik setiap video lagu ‘cover version’ tidak ketinggalan menjadikan seleksi popular sebagai pilihan.

Memiliki suara dan gaya nyanyian tersendiri, tidak hairan dia mengumpul peminat yang ramai dalam media sosial iaitu lebih empat juta pengikut TikTok.

Sementara itu, single Cinta Sampai Mati dilancarkan bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura, manakala di Indonesia dan negara lain, edaran dikendalikan Botram Media Entertainment.

Single berkenaan juga menjadi kolaborasi pertama Hayat Kreatif Studio bersama Botram Media Entertaintment.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -affar-di-malaysia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 10:53 AM | Show all posts
Siapa ni? Who r yus
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah betul iol dengar dekat video2 tiktok fb segala tu
terus scroll laju2
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 08:24 PM | Show all posts
Gara2 mak dgn ayah ceq dok scroll video kat IG, TikTok terus tau lagu dia ni.....cuma nak kata....DAH XDAK LAGU LAIN ka nak dijadikan background music?.....asal mak ayah ceq scroll video asyik la kluaq lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dh bosan aku dgr lagu nie kat tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:00 AM | Show all posts
aku dah tekan not interested kat setiap video fyp tiktok aku yang guna lagu ni

sekarang tak nampak dah, legaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
penyanyi sebenar cinta sampai mati tu raffa ni ke kangen band? x faham pulak aku..
tengok kat utiub dua2 penyanyi hit milion views lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:20 AM | Show all posts
ninnamina replied at 25-4-2022 01:43 AM
penyanyi sebenar cinta sampai mati tu raffa ni ke kangen band? x faham pulak aku..
tengok kat utiub  ...

Aku tengok kat tiktok.. Katanya penyanyi asal si Raffa. meletup kangen band sebab isu
si zidan dan tri mengajuk cara penyanyi kangen band.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043407 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list