CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Terengganu] Dua beradik keracunan 'serik' minta puding

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:40 PM | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS: Dua beradik yang mengalami cirit birit dan muntah-muntah, serik dan tidak mahu mendesak ibunya membeli kuih berbunga warna merah jambu atau puding buih.

Tuan Naemah Tuan Husain, 37, ibu kepada Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, Nur Azzahra Raisha, 7, dari Kampung Bukit Tok Beng, di sini, berkata dua anaknya sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam, selepas menjalani rawatan selama lima hari mulai Khamis lalu.

Katanya, Muhammad Aqil Rifqi yang paling mengemari puding buih tidak lagi meminta dan mendesak supaya membeli kuih berkenaan seperti kebiasaan, selepas lebih 12 jam berulang alik ke tandas kerana mengalami cirit birit serta muntah-muntah, Rabu lalu.

"Muhammad Aqil Rifqi paling teruk mengalami cirit birit dan muntah-muntah berbanding adiknya, Nur Azzahra Raisha," katanya dan memberitahu puding buih itu dibeli di gerai menjual kuih muih berhampiran Padang Bola Kampung Bukit Tumbuh, di sini, Rabu lalu.

Tuan Naemah dan suaminya, Mohd Rusnizan Johari, 39, dan Muhammad Aqil Rifqi serta Nur Azzahra Raisha, ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Tok Beng selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.

Tuan Naemah berkata, keadaan Muhammad Aqil Rifqi serta Nur Azzahra semakin pulih, tetapi masih memerlukan pemantauan rapi, termasuk makan dan minumnya.

Menceritakan insiden yang menimpa dua anaknya, Tuan Naemah berkata, dia terkejut apabila mendapati keadaan Muhammad Aqil Rifqi yang berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya dalam tandas di rumahnya ketika bangun untuk menyiapkan hidangan sahur, kira-kira jam 4.30 pagi Khamis lalu.

"Ketika itu hanya Muhammad Aqil Rifqi yang berada dalam keadaan tenat manakala adiknya, Nur Azzahra hanya mengalami muntah-muntah biasa sebelum mula berulang alik ke tandas untuk membuang air besar.

"Saya mengesyaki Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra keracunan selepas makan puding buih kerana mereka tidak menjamah makanan lain ketika berbuka puasa," katanya.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong dilaporkan berkata, Jabatan Kesihatan negeri sudah mengambil sampel puding buih untuk proses ujian makmal bagi menentukan punca dua beradik itu mengalami keracunan makanan.

Katanya, sampel itu dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

"Jika terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya.


Tuan Naemah (kiri) dan suami, Mohd Rusnizam (kanan) melayani telatah dua anaknya yang baru pulih daripada keracunan makanan di kediamannya di Kampung Bukit Tok Beng, hari ini.- Foto NSTP/Baharom Bakar

https://www.bharian.com.my/berit ... -serik-minta-puding
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.389095 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list