|
PASUKAN Bomba tiba di perkarangan SM Agama Nurul Islam untuk membersihkan sisa bahan kimia yang tumpah menyebabkan 61 pelajar terhidu bahan kimia. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Kubang Pasu: Semua 61 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nurul Islam, Ayer Hitam dekat sini, yang menjalani rawatan di hospital semalam, akibat terhidu bahan kimia disyaki asid sulfurik sudah pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Hospital Jitra (HJ) dan Klinik Kesihatan Ayer Hitam.
Masing-masing dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang sejak petang semalam.
Beliau berkata, pelajar mengalami simptom loya, sakit tekak dan sakit kepala selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah daripada tong penyimpanan di sekolah berkenaan.
"Mereka hanya terhidu bahan kimia itu akibat pencemaran dan menjalani tempoh pemantauan di hospital untuk beberapa jam sebelum dibenarkan pulang.
"Sesi pembelajaran di sekolah itu berjalan seperti biasa hari ini," katanya ditemui.
Pada kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar terdiri daripada sembilan lelaki dan 52 perempuan berusia 14 hingga 17 tahun sedang belajar di dalam kelas.
Tong yang mengandungi asid sulfurik itu pecah dan tumpah ketika kerja pemindahan bahan kimia terbabit dilakukan kontraktor yang dilantik sehingga menyebabkan berlaku tindak balas dan pencemaran.
Berikutan itu, 41 pelajar dihantar ke HJ, 16 pelajar dihantar ke HSB dan empat pelajar dibawa ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam untuk rawatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nar-pulang-ke-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|