CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Terengganu] Empat mangsa kebakaran terima bantuan

[Copy link]
Post time 13-4-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Azrin (kanan) menyampaikan bantuan bencana kepada Rahmat Nor (tiga kiri) di tapak kediamannya di Kampung Tengah, Cukai, hari ini. FOTO Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Empat mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka menarik nafas lega apabila menerima bantuan bencana berjumlah RM9,000 hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, bantuan bencana sebanyak RM3,000 disampaikan bagi meringankan beban Ketua Isi Rumah (KIR), Rahmat Nor Rahimullah Khan, 68.

Katanya, Rahmat Nor dan anak bongsunya, Abdul Karim, 28, cedera ringan selepas terkena serpihan bara api dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi, Isnin lalu.

"Mangsa juga turut layak menerima bantuan pembinaan kediaman baharu, tetapi perlu memenuhi syarat ditetapkan terutama tanah sendiri ketika mengemukakan permohonan," katanya ketika menyantuni Rahmat Nor dan ahli keluarganya di Kampung Tengah Cukai, Kemaman, hari ini.

Mengulas mengenai bantuan bencana kepada tiga keluarga yang tinggal di Rumah Murah Taman Sri Penunjuk, Kijal, Kemaman pada hari yang sama, Dr Ahmad Azrin berkata, Maidam sudah meluluskan bantuan bencana bagi meringankan beban sebanyak RM6,000 kepada tiga KIR berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, bantuan bencana diluluskan dinilai berdasarkan kerosakan kediaman yang musnah dalam kebakaran itu.

"Mangsa pertama iaitu Wan Nor Ismaliza Wan Ibrahim, 45, menerima bantuan bencana sebanyak RM3,000 selepas rumahnya 100 peratus musnah dalam kebakaran itu.

"Dua lagi mangsa iaitu Ismail Said, 53, dan Badrul Hisham Zakara, 57, masing-masing menerima bantuan bencana sebanyak RM2,000 dan RM1,000," katanya.

Ahmad Azrin berkata, Ismail hanya menerima bantuan bencana sebanyak RM2,000 selepas penilaian mendapati kediamannya hanya membabitkan kebakaran 50 peratus, manakala rumah Badrul Hisham hanya terbakar dalam 20 peratus.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aran-terima-bantuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.234597 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list