CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Terengganu] Untung besar, pemandu lori cuba jual mercun kali kedua

[Copy link]
Post time 12-4-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode

SUPERINTENDAN Baharudin Abdullah (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Cubaan kali kedua seorang pemandu lori menjual mercun di sekitar daerah ini membawa padah selepas dia ditahan polis, pagi semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Ketengah Jaya pada 7.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek ditahan berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan polis.

Menurutnya, suspek yang ditahan kemudiannya membawa polis ke sebuah stor yang menjadi tempat simpanan mercun itu.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 19 jenis mercun seperti mercun bola, happy boom, happy festival, magic shot, thunder clap, cake 168 shot dan sebagainya.

"Suspek bersama dengan mercun yang dianggarkan bernilai RM10,000 kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Baharuddin berkata, rampasan itu merupakan rampasan mercun yang pertama di Terengganu pada Ramadan ini.

"Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian air kencing ke atas suspek juga negatif dadah.

"Kita percaya suspek memasarkan mercun itu di sekitar daerah ini dan suspek dipercayai meraih keuntungan sehingga empat kali ganda daripada jualan mercun ini," katanya.

Menurutnya, polis percaya ia merupakan cubaan kedua suspek memasarkan mercun terbabit selepas mendapat keuntungan hasil jualan yang pertama.

"Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Sementara itu, Baharuddin berkata, pihaknya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada semua penjual mercun di daerah berkenaan.

"Kita tahu ada segelintir yang menjual mercun melalui iklan di media sosial dan kita berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-mercun-kali-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.405913 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list