CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes bunuh kekasih: Youtuber, 3 rakan disambung reman

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Balik Pulau: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas seorang Youtuber dan tiga rakannya berhubung kejadian teman wanita Youtuber itu yang meninggal dunia dalam kejadian di Teluk Kumbar di sini 2 April lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sejurus lengkap, kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, ketika ini empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun termasuk Youtuber itu disambung reman lima hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini tiada tangkapan baharu. Reman mereka sejak 3 dan 4 April lepas tamat semalam namun pihak polis telah memohon perintah sambung reman kerana siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dihubungi hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Mangsa yang difahamkan berasal dari Melaka dan teman lelakinya itu menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lalu untuk video laman YouTube mereka.

Sementara itu, di Seberang Perai, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang anggotanya menerima rasuah daripada seorang lelaki di Jalan Bagan Ajam, di sini seperti sebuah video yang tular sejak semalam.

Mohd Radzi berkata, video berdurasi satu minit satu saat itu tular menerusi laman sosial TikTok sejak semalam dan berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah bank di kawasan tersebut.

"Saya mengesahkan kami (polis) menerima laporan polis daripada seorang lelaki mengenai kejadian itu di Balai Polis Simpang Ampat, dekat sini pada Isnin lepas.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan saya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terlibat dengan salah laku rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki memegang wang kertas dipercayai RM200 dalam kereta sebelum dia turun menyerahkan wang tersebut kepada anggota polis yang sedang menunggu dalam sebuah kereta peronda polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-disambung-reman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list