CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Terengganu] Stok minyak masak paket mencukupi di Terengganu

[Copy link]
Post time 11-4-2022 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Norita (kanan belakang) bersama pegawai penguatkuasa KPDNHEP memantau kerja pembungkusan minyak masak di Jalan Tok Lam, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR.

Kuala Terengganu: Bekalan minyak masak paket di negeri ini mencukupi berikutan setiap pelanggan dihadkan untuk membeli dua kilogram produk itu sahaja.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar hari ini mendapati penjualan minyak masak paket dihadkan hanya dua paket seorang.

Bagaimanapun, beberapa kedai runcit didapati berlaku kekurangan bekalan minyak masak paket berikutan tindakan pemborong mengehadkan jualan hanya dua kotak mengandungi 34 kilogram kepada setiap peruncit.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, sebanyak 1.4 metrik tan atau 1,357 kilogram minyak masak paket dikeluarkan 11 pembungkus di negeri ini.

Katanya, setakat ini pemantauan yang dilakukan di beberapa pasar raya dan pasar awam mendapati tidak berlaku kekurangan bekalan minyak masak paket.

"Masyarakat diminta tidak melakukan pembelian panik dan tidak terpengaruh dengan dakwaan akan berlaku kehabisan stok bekalan minyak masak paket terutama menjelang Aidilfitri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Pengurus syarikat pembungkusan, Chua Khai It berkata, pengeluaran minyak masak paket bergantung kepada jumlah pesanan daripada pasar raya dan pemborong berlesen.

"Kita tidak menjual minyak masak paket secara runcit kepada individu, sebaliknya hanya membekalkan kepada mereka yang mempunyai lesen dikeluarkan KPDNHEP.

"Kita hanya diberi kuota pengeluaran sebanyak 60 metrik tan sebulan, berbanding 100 metrik tan tahun lalu.

"Cuma kita minta kerajaan menambah kuota pengeluaran bagi memastikan bekalan minyak masak sentiasa mencukupi di pasaran," katanya ketika ditemui selepas pemeriksaan oleh penguat kuasa KPDNHEP diketuai Penolong Penguat kuasa, Norita Abdul Aziz.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukupi-di-terengganu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.063984 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list