CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Terengganu] Keracunan makanan: Sampel puding buih dihantar ke makmal untuk siasatan

[Copy link]
Post time 10-4-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan makanan Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sampel itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

"Sekiranya terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini

Semalam, media melaporkan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik di sini, mengalami cirit-birit dan muntah pada 4 pagi dipercayai selepas memakan puding buih yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai di Bukit Tumbuh pada 6 petang, Rabu lalu.

Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka akan dibenarkan pulang hari ini.

Dalam pada itu Dr Kasemani menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa membeli juadah sepanjang Ramadan bagi mengelak perkara seumpama itu berulang.

"Amalkan kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan terutama juadah yang menggunakan telur kerana telur yang tidak dimasak sempurna mempunyai risiko menyebabkan keracunan makanan kerana boleh mengandungi bakteria salmonella," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kmal-untuk-siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 1.386758 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list