CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Terengganu] Kawasan pencarian nelayan hilang diperluas

[Copy link]
Post time 8-4-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Kawasan pencarian nelayan hilang diperluas
RAHAYU MUSTAFA | | 08 April 2022


Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang nelayan dikhuatiri hilang manakala dua yang lain terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Kapas dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Rabu.


KUALA TERENGGANU – Kawasan pencarian seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaikinya karam di perairan Pulau Kapas pada Rabu diperluaskan sehingga 96.6 batu nautika pada Jumaat.


Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari kedua itu meliputi kawasan Pulau Kapas, perairan Dungun hingga ke Paka.


Menurut beliau, operasi tersebut melibatkan 46 anggota Maritim Malaysia menerusi Kapal Maritim (KM) Redang dan Pesawat Udara Bombardier CL415, aset pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) AW 139 dan bot PTL 26 milik Jabatan Perikanan serta bot nelayan tempatan.


“Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, ramalan cuaca perairan pada Jumaat tidak menentu dengan hujan dijangka berlaku hingga malam di beberapa kawasan.


“Angin pula bertiup dengan kelajuan 10 ke 20 kilometer (km) sejam dengan ketinggian gelombang antara 0.5 meter hingga 1 meter,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini pada Jumaat.


Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang nelayan dikhuatiri hilang manakala dua yang lain terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Kapas dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Rabu.


Mangsa yang hilang merupakan tekong bot, Wan Mustapha Ayob, 62.


Bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 itu dilaporkan karam pada kedudukan lapan batu nautika dari Pulau Kapas.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-hilang-diperluas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list