CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 1

[Terengganu] 2 maut berbalas tembakan

[Copy link]
Post time 5-4-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Unit Polis Forensik memeriksa kenderaan yang dinaiki dua suspek. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Dua lelaki maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Simpang Tok Ku di sini, 11.30 pagi, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan Op Kesan sebelum terserempak dengan Honda Civic yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Wakaf Beruas di sini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, pasukan operasi mengarahkan suspek yang dipercayai terbabit kes jenayah dan dadah memberhentikan kenderaan namun mereka melarikan diri sebelum anggota mengejar kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, selepas hampir dua kilometer mengejar kenderaan dinaiki suspek, polis menghalang kenderaan mereka sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah polis.

"Kita membalas tembakan berkenaan sebelum seorang penjenayah ditemukan mati di dalam kereta manakala salah seorang suspek melarikan diri.

"Bagaimanapun, kita berjaya mengejar suspek yang bersembunyi di dalam rumah kosong yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian tembakan pertama.

"Kita berjaya mengepung rumah berkenaan dan mengarahkan suspek menyerah diri namun suspek enggan menyebabkan kita mengambil tindakan masuk ke dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rukman berkata, suspek bertindak agresif apabila melepaskan tembakan ke arah polis namun terkena penghadang sebelum pasukan membalaskan tembakan berkenaan.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan suspek maut di tempat kejadian.

Pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek termasuk senjata yang digunakan, kata Wan Rukman berkata.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... t-berbalas-tembakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 07:44 PM | Show all posts
gile....geng H bwk pestol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050392 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list