View: 1068|Reply: 5
|
Chris Rock dilempang ejek rambut botak isteri Will Smith
[Copy link]
|
|
Will Smith (kanan) naik ke pentas dan menampar Chris Rock dalam siaran langsung Academy Awards kerana mempersendakan kepala botak isterinya, Jada.
Chris Rock dilempang ejek rambut botak isteri Will Smith
MEMPERLEKEHKAN kondisi kepala botak isteri Will Smith iaitu Jada Pinkett yang mengalami masalah Alopecia atau keguguran rambut, pelawak Chris Rock dilempang pelakon tersebut dalam acara Academy Awards.
Chris atau nama sebenarnya, Christopher Julius Rock berjenaka tentang Jada mempunyai potensi untuk berlakon dalam filem G.I. Jane disebabkan kepala botaknya yang sesuai dengan karakter filem berkenaan namun jenaka tersebut membuatkan Will naik angin.
Will yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem King Richard naik ke atas pentas dan melempang Chris kerana tidak berpuas hati dengan mulut celoparnya.
Disebabkan insiden tidak dijangka tersebut, siaran langsung Academy Awards yang dipancarkan menerusi saluran Showcase Movies (Astro 413) tergendala seketika di Malaysia.
“Tolong jangan sebut nama isteri saya di celopar kamu,” teriak Will atau nama lengkapnya, Willard Carroll Smith II selepas tangannya ‘terbang’ di wajah Chris.
Sekadar info, isteri Will, iaitu Jada menderita masalah keguguran rambut kronik atau alopecia yang didedahkan kepada umum sejak hujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... -isteri-will-smith/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
at first aku ingatkan scripted tapi lepas tampar time commercial break nampak tyler perry dok pujuk dia. pastu katanya will smith cam nangis sikit. what a tasteless joke |
|
|
|
|
|
|
|
So org malaysia pon sma should learn the lesson ... Org tu botak sbg masalah personal .. hence dont go and make a joke about it.
Klu dia saja saja nak fesyen botak ..aku rasa will pon x marah.. ni macam penyakit kot .. adehh laaa |
|
|
|
|
|
|
|
tu ahh buat lawak tak kena tempat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tergendala ke semalam? ioll tgk siap dengar cuss word dia lagi hahaha. Cuma part kevin costner je tergendala apooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk kt page hollywood semua kutuk will smith ni hahaha nampak heolls gelak sekali dgn joke chris rock tu, sekali bini dia jeling terus bangun kasi penampor |
|
|
|
|
|
|
| |
|