CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 1

Aksi lempang hangatkan Anugerah Akademi Ke-94

[Copy link]
Post time 28-3-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Smith menampar Rock pada siaran langsung Anugerah Akademi di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengejutkan penonton di Dolby Theatre dan seluruh dunia yang menyaksikan acara itu. Foto AFP

LOS ANGELES: Pergeseran dua bintang Hollywood, Chris Rock dan Will Smith di pentas Anugerah Akademi Ke-94 yang menyaksikan Smith melempang pelakon dan pelawak popular itu, mengejutkan penonton di Dolby Theatre, di sini dan seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung acara anugerah berprestij itu.

Pada insiden itu, Rock yang menjadi penyampai bagi kategori Dokumentari Terbaik, berseloroh mengenai penampilan isteri Smith iaitu Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak G.I Jane.

Secara tiba-tiba, Smith yang juga calon Anugerah Akademi Ke-94, naik ke pentas lalu melempang Rock yang terkejut dan terpinga-pinga dengan aksi pelakon dan penerbit itu.

Sebaik menampar Rock, Smith kembali ke tempat duduk dan menjerit ke arah Rock meminta agar nama isterinya tidak disebut.


Difahamkan, pada detik itu, kata-kata Smith 'dipadamkan' daripada siaran ulangan. Namun, ciapan dari Jepun, misalnya, menyatakan penonton di negara matahari terbit itu boleh mendengar butiran yang dilaungkan Smith, lapor agensi.

Aksi Smith pantas menarik perhatian netizen yang melayangkan ciapan dan hantaran dalam media sosial mengenai tindakan mengejutkan pelakon dan pengarah itu dalam acara yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Diddy yang tampil untuk menyampaikan trofi bagi kategori seterusnya, meredakan suasana.

"Will dan Rock, kita akan selesaikan perkara ini seperti sebuah keluarga. Ketika ini, kita terus dalam kasih sayang... Semua orang marilah buat bising sekarang," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton di dewan berkenaan.

Sebelum ini, Pinkett mengumumkan terpaksa mencukur rambut dan tampil botak berikutan mengalami masalah keguguran rambut. AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 12:37 PM | Show all posts
Jangan suka hati nak sentuh hal urusan org lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054748 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list