CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Terengganu] Solat jemaah, Jumaat, tarawih tanpa penjarakan di Kelantan mula 1 April

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Solat jemaah, Jumaat dan sunat tarawih dibenarkan dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di semua surau, musalla serta masjid di Kelantan berkuat kuasa 1 April ini, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.

Pelaksanaan itu mendapat perkenan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan solat fardu, Jumaat dan tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat serta qiamullail dibenarkan pada Ramadan ini.

Menurutnya, semua aktiviti seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas atau umum dan program Ihya Ramadan juga dibenarkan seperti biasa tanpa penjarakan fizikal.

"Pihak masjid, surau dan musalla hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

"Hanya jemaah yang tidak mempunyai gejala Covid-19 sahaja dibenarkan hadir, manakala yang bergejala tidak dibenarkan hadir," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka serta diwajibkan membawa sejadah masing-masing dan tidak dibenar bersalam antara satu sama lain.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) masjid, surau dan musalla kekal sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini dan ia selaras dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pihak Maik mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

"Semua SOP hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musalla. Tindakan sewajarnya akan diambil jika gagal mematuhi SOP.

"Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu serta memperkenankan doa dan harapan kita semua," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.359438 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list