CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Terengganu] Ibu 'pergi' dalam dakapan

[Copy link]
Post time 23-3-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode

Nurzakhiriah Sapri, 24, tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-19. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Nerus: "Walaupun tidak berapa sihat, ibu gagahkan diri ke Terengganu untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah.

"Apakan daya, ibu meninggal dunia di pangkuan saya ketika kami sekeluarga berehat di sebuah inap desa, Allah SWT lebih menyayanginya," kata Nurzakhiriah Sapri, 24.

Ibu tiri Nurzakhiriah, Nor Zawiah Ahmad Razali menghembuskan nafas terakhir ketika mereka sekeluarga menginap di sebuah inap desa di Kampung Seberang Takir, di sini, kelmarin.

Nurzakhiriah sama sekali tidak menyangka hari gembira untuknya menerima ijazah dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ini bertukar menjadi kisah duka.

Semua itu berlaku selepas Nurzakhiriah tiba dari Pontian, Johor ke negeri ini kira-kira 4 pagi kelmarin bersama arwah ibu tirinya itu, bapanya Sapri M Noor dan dua adiknya.

Graduan Sarjana Muda Maritim itu berkata, kira-kira 9 pagi, dia melihat ibu tirinya dalam keadaan lemah dan sesak nafas sebelum memapah ibu tirinya itu ke sofa.

Katanya, dia segera menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas ibu tirinya semakin kritikal apabila nafasnya mula tercungap-cungap.

"Saya sempat memberi bantuan pernafasan namun akhirnya ibu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya, kira-kira 10 pagi.

"Tak sangka perjalanan ibu untuk melihat saya di pentas mengambil segulung ijazah tidak kesampaian," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen UMT di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Nurzakhiriah berkata, rakan ibu tirinya yang sama-sama bertugas sebagai jururawat di Johor ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan arwah tidak berapa baik.

"Bagaimanapun, ibu tetap ingin ke UMT bagi meraikan majlis konvokesyen saya, tak sangka ibu pergi sebelum sempat melihat saya mengambil ijazah di atas pentas.

"Walaupun ibu tiri, namun sikap penyayang dan ambil berat terhadap saya membuatkan hubungan kami sangat rapat. kehilangannya amat saya rasai terutama pada hari bersejarah seperti ini," katanya.

Menurut Nurzakhiriah, jenazah arwah ibu tirinya sudah dihantar ke kampung halamannya di Machang, Kelantan, untuk dikebumikan kelmarin, diiringi keluarga yang lain.

Katanya, dia pula tiada pilihan lain dan terpaksa berseorangan menyambut majlis konvokesyennya.

"Tidak lama dulu, ibu kandung koma dan meninggal dunia akibat kanser usus ketika saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelmarin ibu tiri pula pergi menghadap Ilahi.

"Begitu cepat masa berlalu, kedua-dua insan tersayang ini tidak dapat melihat hari kejayaan dan bersejarah dalam hidup saya, namun saya reda," katanya kini sudah bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat logistik di Gelang Patah, Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 176220 Replies : 4057
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6890 Replies : 81
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21634 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5167 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3501 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45237 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 1.194664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list