CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 1

[Terengganu] Rasakan!!!Abang rogol adik dipenjara 14 tahun, 30 sebatan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Abang rogol adik dipenjara 14 tahun, 30 sebatan


Seorang lelaki (tengah) dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merogol adiknya. NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang lelaki kerana merogol adiknya.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku salah terhadap tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, Nooriah dalam penghakimannya berkata, tertuduh sebagai anak sulung sepatutnya menjadi contoh yang baik dan melindungi adik-adiknya.

"Kesalahan ini serius dan saya perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang supaya ia menjadi pengajaran bukan saja kepada tertuduh, tetapi masyarakat di luar sana," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adiknya yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di daerah ini, pada jam 11 malam Disember 2020.

Tertuduh mengulangi kesalahan sama pada Disember 2020 dan Januari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.bharian.com.my/berit ... 14-tahun-30-sebatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2022 05:01 PM | Show all posts
kena SEBAT 2 kali pun ckup PERIT.... ni kan pulak 30 SEBATAN... mmg bontot kau xda rupa la dekkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 2.473032 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list