CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sarawak] Tiga rumah di Taman Suria Jaya terbakar, tiada kemalangan jiwa

[Copy link]
Post time 20-3-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode


Bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan tiga rumah di Taman Suria Jaya, awal pagi tadi.

KUCHING: Sekurang-kurangnya tiga rumah di Taman Suria Jaya, di sini dilaporkan terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.06 pagi.

Susulan laporan terbabit, seramai sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang diketuai PBK ll Nooruddin Ismail Talab ke lokasi.

"Setiba di lokasi Komander Operasi melaporkan kebakaran tersebut melibatkan tiga rumah teres berstruktur kekal.

"Dua rumah telah terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah hanya terbakar 45 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, insiden itu juga turut memusnahkan sebuah kenderaan yang diletakkan di luar rumah menyebabkan kenderaan terbabit terbakar 100 peratus.

Jelasnya lagi, kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan kemalangan jiwa.

Operasi berjaya dikawal pada jam 5.20 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Turut membantu operasi berkenaan, BBP Padungan, SESCO dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


utusanborneo.com.my/2022/03/20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.122845 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list