CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 3

Danial Radcliffe tak berminat kembali sertai filem Harry Potter

[Copy link]
Post time 19-3-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Danial Radcliffe tidak berminat untuk sertai filem Harry Potter buat masa kini.

MENGHADIRI perjumpaan semula barisan pelakon 'Harry Potter', aktor Danial Radcliffe menjelaskan ia tidak bermaksud dia akan membintangi sekuel terbaharu filem tersebut.

Memetik laporan Hollywoodlife, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan selepas berjaya keluar dari watak Potter.

"Ini bukan jawapan yang dimahukan sesiapa, tetapi saya rasa, dapat kembali dan menikmatinya kerana ia bukan sebahagian daripada kehidupan seharian saya lagi.

"Saya sampai ke satu tahap di mana saya rasa dah berjaya keluar dari 'Potter' dan sangat gembira dengan keadaan sekarang.

"Jika saya kembali, ia akan menjadi perubahan besar dalam hidup saya," katanya.

Kehadiran Danial menyertai rakannya iaitu Emma Watson dan Rupert Grint ketika perjumpaan semula HBO Max Harry Potter mengundang pertanyaan netizen.

Rata-rata peminat ingin mengetahui Danial akan turut serta dalam sekuel terbaharu filem tersebut yang berjudul Harry Potter and the Cursed Child.

Dalam pada itu, Danial bagaimanapun berkata kemungkinan dia akan kembali membintangi filem tersebut namun bukan waktu sekarang.

"Saya tidak akan mengatakan tidak, tetapi pelakon lelaki Star Wars mempunyai 30, 40 tahun sebelum mereka kembali. Bagi saya, ini baru 10 tahun.

"Ia bukan sesuatu yang saya mahu lakukan sekarang," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
heolls ni paling diingati dgn watak harry potter walaupun berlakon mana2 movie pon hahah. Baru je tgk movie heolls Escape from Pretoria, sgt best lakonan dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:57 PM | Show all posts
berharap sgt die join the sequel tu..baru syok feeling harry Potter
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 03:44 PM | Show all posts
ala muke dia sesuai sgt utk harry. tak nak org lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046554 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list