CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

Iman Vellani muncul dalam siri Ms. Marvel

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

IMAN Vellani.

Los Angeles: Marvel Studios menampilkan karakter Muslim pertama, Kamala Khan yang dibintangi Iman Vellani, 19, dalam siri terbarunya Ms. Marvel disiarkan di Disney+.

Vellani adalah pelakon keturunan Pakistan dan beragama Islam yang menetap di Kanada.

Watak Kamala dilakonkannya adalah seorang gadis remaja 16 tahun berketurunan Pakistan-Amerika dari New Jersey.

Meskipun pendatang baharu dan masih belum cukup dikenali, Vellani sebelum ini pernah menerbitkan dua filem pendek yang disiarkan di platform penstriman Vimeo.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai jawatankuasa Toronto International Film Festival's Next Wave Committee pada 2019.

Karakter Kamala itu pertama kali diperkenalkan Marvel pada 2013. Watak itu memiliki kuasa berjalan di udara serta kebolehan tenaga lain.

Dalam treler siri itu, watak berkenaan dilihat menggunakan sebelah tangannya menutup pintu bilik hanya dari katil. Kelihatan juga cahaya ungu yang menjadi identiti kuasa dimiliki.

Segelintir peminat di Twitter mempersoalkan kenapa Kamala tidak lagi memiliki kuasa panjangkan badan, cepat sembuh, berubah saiz dan bentuk.

Bagaimanapun, terdapat satu imbasan dalam treler itu di mana Kamala memanjangkan penumbuknya untuk menyerang seorang penjahat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040428 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list