CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

The Power of the Dog Filem Terbaik BAFTA 2022

[Copy link]
Post time 15-3-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Wilson mengendalikan BAFTA 2022 yang kembali dianjurkan secara fizikal selepas dipancarkan secara virtual tahun lalu. Foto IG Rebel Wilson

LONDON: Bagi pengarah The Power of the Dog, Jane Campion, trofi Filem Terbaik diraih pada Anugerah Akademi British (BAFTA) 2022 adalah atas komitmen padu kru dan pelakon dalam berdepan cabaran menyiapkan naskhah berkenaan pada era pandemik COVID-19.

Biarpun tidak dapat hadir pada acara diadakan di Royal Albert Hall, London, United Kingdom (UK), melalui ucapan dibacakan bintang utama filem itu, Benedict Cumberbatch, Campion merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua tenaga kerja, lapor agensi.

"Terima kasih kerana menerima anugerah ini untuk saya. Apa yang saya boleh katakan, filem ini dijayakan dengan sokongan dan perbincangan dengan ramai pihak.

"Saya gembira dapat bekerja dengan mereka yang mempunyai semangat besar dalam menjayakan jalan cerita ini. Saya sangat bersyukur dengan sokongan mereka iaitu daripada adaptasi skrip hinggalah produksi.


"Ia adalah suatu kepuasan. Terima kasih kepada pelakon dan kru yang menghadapi cabaran menjayakan filem ini disebabkan pandemik COVID-19.

"Saya berterima kasih kepada Netflix atas sokongan dan keluarga yang menyokong saya menjadi diri saya hari ini. Saya sangat berbangga dicalonkan bersama barisan finalis hebat," katanya.

Pada acara itu, The Power of the Dog mengungguli dua anugerah utama manakala filem sains fiksyen, Dune merangkul trofi terbanyak.

Daripada 11 pencalonan diterima, Dune arahan Denis Villeneuve membawa pulang trofi bagi kategori sinematografi, kesan visual khas, bunyi, skor original dan rekaan produksi.

The Power of the Dog yang hanya menerima lapan pencalonan merangkul trofi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Selain Dune, filem lakonan Cumberbatch yang diadaptasikan dari novel Thomas Savage itu turut mengenepikan filem hebat seperti Belfast, Don't Look Up dan Licorice Pizza.

Turut memenangi dua kategori adalah CODA (Child of Deaf Adults) iaitu bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi bintangnya, Troy Kotsur dan skrip asal.

Troy Kotsur adalah pelakon kurang upaya pendengaran yang pertama berjaya membawa pulang trofi BAFTA.


DeBose meraih trofi kategori Pelakon Pembantu Terbaik BAFTA 2022 impak lakonan dalam filem West Side Story. Foto IG BAFTA

Sementara itu, kategori Pelakon Pembantu Terbaik dimenangi bintang filem West Side Story, Ariana DeBose.

Pelakon, Will Smith pula berjaya mengungguli kategori Aktor Terbaik menerusi filem King Richard dan Joanna Scanlan sebagai Aktres Terbaik menerusi filem After Love.

Filem autobiografi mengenai Kenneth Branagh, memenangi kategori Filem British Terbaik.

Satu-satunya kategori yang diundi peminat iaitu Rising Star dimenangi Lashana Lynch, bintang filem No Time To Die. Filem James Bond itu turut membawa pulang trofi bagi kategori penyuntingan.

Tiada anugerah pencapaian seumur hidup diberikan pada penganjuran tahun ini, selepas penerima tahun lalu, Noel Clarke didakwa beberapa wanita melakukan gangguan seksual.

Dihoskan oleh pelakon dan pelawak dari Australia, Rebel Wilson, acara terbesar di dalam industri perfileman British itu kembali diadakan secara fizikal di kota London, semalam, selepas penganjuran tahun lalu dibuat secara virtual berikutan pandemik COVID-19. AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list