Pelakon Emma Watson, 31, didakwa mengambil kesempatan dengan penampilannya di pentas Anugerah Akademi Filem British (BAFTA) 2022 untuk menyindir penulis Harry Potter, JK Rowling, semalam.
Kredit foto: Silver Screen Beat
Watson yang hadir sebagai penyampai trofi dikatakan menggunakan kesempatan itu untuk menegaskan pendiriannya yang membela golongan transgender selepas Rowling lantang menentangnya.
Dalam acara itu, pelakon Rebel Wilson mempersilakan Watson naik ke pentas dalam nada berjenaka.
"enyampai anugerah seterusnya adalah Emma Watson. Dia memanggil dirinya feminis, tapi kita semua tahu dia adalah ahli sihir," katanya.
Kredit foto: People
Watson kemudian membalas ucapan pengenalan Wilson itu dengan nada seakan-akan ditujukan kepada Rowling.
"Saya di sini mewakili semua ahli sihir," katanya.
Walaupun dia mendapat sorakan daripada penonton di BAFTA, namun lain pula jadinya di media sosial.
Ramai mempersoalkan tindakannya yang disifatkan tidak mengenang budi Rowling.
Rata-ratanya berkata, Watson tidak mungkin berjaya ke tahap sekarang tanpa bantuan Rowling apabila mencipta nama menerusi watak Hermoine Grainger dalam siri filem fenomena dunia, Harry Potter.
Kredit foto: independent.co.uk
Baru-baru ini, penulis terkenal itu mengkritik dan menolak kenyataan ahli politik, Keir Starmer bahawa wanita transgender termasuk dalam kategori wanita. Ia bagi memperjuangkan isu kesamarataan.
Sumber: Harian Metro |