CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

Clarkson nak tukar nama

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode

DIDAKWA sudah buat permohonan di mahkamah nekad mahu dikenali sebagai Kelly Brianne. - FOTO Google

Penyanyi, Kelly Clarkson dilaporkan mahu menggantikan nama Clarkson kepada Brianne.

Walaupun nama Clarkson sudah sinonim dengan identitinya sebagai penyanyi sejak 20 tahun lalu, namun penyanyi berusia 39 tahun itu didakwa sudah membuat permohonan di mahkamah pada 14 Februari lalu.

Menurut sumber, Clarkson nekad untuk dirinya dikenali dengan nama Kelly Brianne selepas ini.

"Keinginannya begitu kuat sehingga dia sudah mengemukakan beberapa surat secara rasmi untuk mengubah namanya menjadi Kelly Brianne," kata sumber terdekat.

Difahamkan, keinginan penyanyi lagu Because Of You itu terdetik mahu menukar nama selepas melalui fasa suram dalam hidupnya iaitu bercerai dengan suami, Brandon Blackstock tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Clarkson berkata, dia bakal membuat persembahan di Anugerah ACM (Academy Of Country Music Awards) 2022 sempena 'tribute' istimewa penyanyi lagu country, Dolly Parton.

Clarkson membuat pengumuman itu dalam program bual bicara The Kelly Clarkson Show pada 23 Februari lalu.


BAKAL buat persembahan ‘tribute’ istimewa pada Anugerah ACM. - FOTO Google

Bukan hanya membuat persembahan, Clarkson juga bakal bertindak sebagai hos bersama pengacara Gabby Barrett dan Jimmie Allen.

"Saya sangat teruja untuk mengumumkan saya bakal membuat persembahan 'tribute' istimewa pada Anugerah ACM," katanya.

Persembahan Clarkson pada acara berpresrtij itu sememangnya dinanti-nantikan selepas kali terakhir membuat persembahan di Anugerah ACM pada 2019.

Sebelum ini, Clarkson pernah menghiburkan penonton Anugerah ACM pada 2018, 2013 and 2007.

Bukan hanya itu, Clarkson juga pernah memenangi anugerah ACM di samping penyanyi Jason Aldean menerusi lagu Don't You Wanna Stay.

Pada Anugerah ACM 2022, ramai penyanyi hebat sudah diumumkan bakal membuat persembahan seperti Carrie Underwood, Eric Church, Aldean, Chris Young dan ramai lagi.

Anugerah ACM 2022 diadakan secara langsung di Allegiant Stadium, Las Vegas, Amerika Syarikat, Isnin ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.032901 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list