CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 1

[Terengganu] Fenomena air pasang, mangsa banjir bertambah

[Copy link]
Post time 2-3-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK membersihkan kawasan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Bukit Gemuruh. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Fenomena air pasang yang berlaku sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan terutama yang terletak berhampiran sungai dan rendah dilanda banjir.

Malah, pertembungan air dari hulu sungai dan air laut pasang turut menyebabkan jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, Kemaman antara daerah yang merekodkan pertambahan mangsa yang tinggi susulan fenomena air pasang besar itu.

Beliau berkata, air sungai yang mula turun dari hulu bertembung dengan air pasang besar menyebabkan penduduk terutama yang berhampiran sungai dan pantai terjejas.

Katanya, Hulu Terengganu turut merekodkan pertambahan mangsa yang ketara walaupun secara keseluruhan cuaca di Terengganu semakin baik berbanding sebelum ini.

"Di Hulu Terengganu, pertambahan mangsa disebabkan kesemua mangsa yang terkesan akibat banjir mula ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Banjir yang melanda Hulu Terengganu menyebabkan ada penduduk yang terkandas disebabkan laluan dinaiki air dan tidak dapat ke PPS.

"Jadi apabila keadaan cuaca semakin baik dan beberapa laluan sebelum ini tidak dapat diakses kembali pulih, mereka yang terjejas ini ke PPS sekali gus menyebabkan penambahan mangsa banjir di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Untuk rekod, setakat jam 10 pagi ini, seramai 17,354 mangsa daripada 4,566 keluarga terjejas dengan kesemuanya ditempatkan di 86 PPS di tujuh daerah kecuali Marang.

Daripada jumlah itu, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 9,244 mangsa daripada 2,379 keluarga di 27 PPS diikuti seramai 3,814 mangsa membabitkan 964 keluarga di 18 PPS di Hulu Terengganu.

Fenomena air pasang besar dijangka berlarutan sehingga Sabtu ini dengan ketinggian ombak dijangka mencecah antara 2.2 meter (m) hingga 2.6m di Kuala Terengganu dan 2.8m hingga 3.2m di Kemaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 01:27 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan. aamiin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.587637 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list