View: 7536|Reply: 14
|
Sharifah Rose Mohon Maaf, Tak Sedar Ciplak Jenama Lain
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini pelakon dan model Sharifah Rose telah mencetuskan beberapa kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di media sosial sejak dia mengumumkan perniagaan barunya.
Seorang netizen di laman Twitter telah mendakwa Rose meniru nama serta reka bentuk jenamanya, Sekuntom. Selepas itu, netizen dikejutkan pula dengan teaser susu Sekuntum yang menyerupai dengan jenama Maca Milk di Australia.
Hal ini menyebabkan ramai netizen telah mengkritik tindakan Sharifah Rose yang tidak membuat background check sebelum menghasilkan produknya.
Selepas beberapa hari mendiamkan diri dari media sosial, akhirnya pelakon drama Kekasih Mr Bodyguard tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan isu itu. Rose juga telah berbincang dengan pemilik jenama Maca Milk untuk meminta maaf.
Menerusi posting terbarunya di Instagram, Rose berkata sebagai seorang yang baru memulakan perniagaan, dia mengaku bahawa banyak benda perlu dipelajari dan dia akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
Menurut Rose, dia tidak tahu bahawa dia telah 'menciplak' jenama Maca Milk iaitu jenama keluaran Australia sebelum melancarkan teaser di Instagram.
Jelas Rose, dia memilih nama Sekuntum itu adalah kerana ia keluarganya sering memanggilnya dengan gelaran itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen telah menasihati Rose dan meminta Rose untuk menjadikan hal ini sebagai satu iktibar untuk dirinya.
Moga semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini. Seeloknya sebelum memulakan bisnes, banyak yang perlu kita ambil kira terutamanya melakukan background check supaya kita tidak memplagiat produk jenama lain. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap pening..si sepah ni tiru sekuntom ke macamilk?ke dua2..pening naw..sbb too similar.xnmpk beza.. |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru: Jap pening..si sepah ni tiru s ... rasa kalo nama tiru sekuntom tp gmbr kotak susu tu pakai macamilk punya? Iolls rasa la |
|
|
|
|
|
|
|
Bengapnye la sape designer produk dia ni. Ptut pecat je.. Agaknye google2 je gambar pastu edit buh nama sndiri.. Gilos |
|
|
|
|
|
|
|
Btw acik keliru btl tgk ig sekuntum ni. Kejap tdung, kejap sayur, kejap vitamin. Like apa benda jadah produk ko ni.. Xtau nk tonjolkan produk lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Kes nya begini,
si pah rose ni buat brand Sekuntum jual tudung dan susu.
bila buat keluar teaser, ada 2 brand yang marah.
1. Sekuntom - marah sbb nama hampir sama, tukar O dgn U je dan logo pun lebih kurang.
2. Macamilk, Australia - marah sbb pattern unik kat kotak susu diaorg exactly sama, kaler je lain.
Pendek kata, cik pah, mohon bubar creative team kau, kaki google level buat assignment je otak.
Rugi duit, rugi tenaga. Semua kena tukar, apooo. Dan kau cik pah, mohon buat keje sama2, jgn apa yg team kau bagi nampak cantik terus terima, semak dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka ko ciplak noreen hutan pon mesti ko tak sedar kan noreen? |
|
|
|
|
|
|
|
boooo..creative team ko boleh pecat dh siap2
belum apa2 dh rugi tapi free marketing la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Org nak meniaga, ko pon nk meniaga
Team dia, haruslah org2 yg bodoh + takde pengalaman. Tah2 kaum2 keluarga dia je. Setakat gugel2 cilok idea org, nahh terhasil product.
Nasib ko baiklah tak kena saman. Kena kat company besar2 yg dah trademark semua product or logo dia, mampos kau tinggal spender kena saman.
Bodoh punya BBNU. Takde org yg advice ko ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
pecat je la creative team kau tu. bikin malu je |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 lepas habis kotak tudung sekuntum tu, pah tukar la nama jadi RedRose (mawar merah)
Kotak dah print byk
Rugi pulak kalau buang
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak taulah apa relevannya kewujudan dia kat dunia seni ni..konon..berlakon pun kayu..meniaga sah-sah meniru..followers baodoh gak la yg gigih menaikkan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko feeling tinvi ke suka ciplak hasil org. Lg satu, ko berlakon pun hauk, dgn realty tv ko ke korea tu, plastik sgt! Kbai |
|
|
|
|
|
|
|
susah ke nak jadi diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
| |
|