CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 1

Imej papar penempatan baharu perisai, tentera Russia berhampiran Ukraine

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Imej satelit menunjukkan gambaran keseluruhan penempatan helikopter, kumpulan pertempuran dan tentera di Valuyki, Russia. - Foto Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Imej satelit menunjukkan beberapa penempatan baharu di lapangan bagi peralatan berperisai dan tentera Russia berhampiran sempadan Ukraine, kata sebuah syarikat swasta Amerika Syarikat (AS), yang memaklumkan paparan menunjukkan peningkatan kesediaan ketenteraan.

Aktiviti terbaru itu ketika Russia melanjutkan latihan ketenteraan di Belarus yang sepatutnya berakhir semalam, meningkatkan ketakutan di kalangan kuasa Barat terhadap pencerobohan Russia yang akan berlaku ke atas Ukraine.

Imej yang dikeluarkan oleh syarikat Maxar Technologies yang berpangkalan di AS itu menjejaki penumpukan tentera Russia selama berminggu-minggu, tidak dapat disahkan oleh Reuters.

"Aktiviti baharu ini mewakili perubahan dalam corak penempatan kumpulan pertempuran (kereta kebal, pengangkut anggota berperisai, artileri dan peralatan sokongan) yang diperhatikan sebelum ini," kata Maxar dalam satu kenyataan.

Beberapa penempatan besar kumpulan pertempuran sudah diperhatikan di sekitar garison tentera di Soloti, Russia setakat 13 Februari menurut imej satelit, kata Maxar.

Imej pada semalam menunjukkan kebanyakan unit tempur dan peralatan sokongan di Soloti sudah terlepas. Landasan kenderaan yang luas dan beberapa konvoi peralatan perisai dilihat di seluruh kawasan itu, kata syarikat berkenaan.

Beberapa peralatan juga sudah digunakan di Timur Valuyki, Russia di kawasan padang seluas kira-kira 15 kilometer di utara sempadan Ukraine. Sejumlah penempatan lapangan baharu juga dilihat di barat laut bandar Belgorod, Russia, kata Maxar.

Berdasarkan landasan dan salji, aktiviti itu kelihatan seperti baru-baru ini, kata Pengarah Kanan Biro Berita Maxar kepada Reuters.

"Bagi saya ia menunjukkan peningkatan tahap kesediaan," katanya. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:39 PM | Show all posts
their defence project powerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.414474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list