CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1713|Reply: 13

Populariti Rain tak tergugat

[Copy link]
Post time 14-2-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode


BAGI peminat drama Korea di negara ini, pastinya takkan pernah melupakan lakonan mantap Rain bersama Song Hye-Kyo dalam Full House yang pernah ditayangkan pada 2004. Sejak itu, nama Rain cukup 'mekar' di hati peminat tempatan terutama wanita.

Seiring masa berlalu, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon, 40, tetap aktif dalam karier seni lakonnya hingga kini dan masih menjadi pilihan pengarah serta produksi untuk melakonkan karakter utama.

Bahkan, dikatakan juga bapa kepada dua anak ini antara pelakon lelaki Korea Selatan yang masih menerima bayaran tinggi. Secara tak langsung, kedudukan kukuh Rain sebagai pelakon terkenal tidak tergugat dengan kehadiran bakat baharu.

Ditambah kisah kebahagian rumah tangganya dengan pelakon Kim Tae-hee yang dibina sejak 2017 juga cukup dikagumi ramai. Pasangan sejoli ini dilihat begitu profesional menguruskan kehidupan peribadi mereka dan kerjaya sebagai selebriti popular.

Apa pun, permulaan yang baik buat Rain dalam karier lakonannya tahun ini menerusi drama Ghost Doctor arahan Boo Sung Chul yang disiarkan tvN pada setiap Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam. Drama sebanyak 16 episod ini amat menghiburkan.

Rain sebagai watak Cha Young-min adalah pakar bedah toraks genius. Namun, dia koma selepas terbabit kemalangan dan

akhirnya 'meminjam tubuh' doktor pelatih, Ko Seung-tak (lakonan Kim Bum) untuk terus menyelamatkan pesakit.


GANDINGAN padu Rain dan Kim Bum amat serasi.

Menonton lakonan Rain dan Kim Bum dalam Ghost Doctor nyata menampakkan keserasian 'padu' mereka untuk memastikan kaitan sesama watak masing-masing dapat dibawa dengan berkesan.

Rain yang ditemui ketika sidang media drama itu berdasarkan laporan Soompi berkata, dia tidak menduga mampu mewujudkan keserasian yang hebat dengan Kim Bum untuk drama Ghost Doctor berkenaan. Katanya, keserasian dijalin mereka sukar digambar dengan perkataan.

"Tak tahu nak kata apa, bagaimana gandingan kami boleh serasi dan sebagus itu. Ketika penggambaran, kami hanya perlu tahu tindakan dan pergerakan masing-masing untuk menciptanya dengan tepat.

"Sukar untuk menggambarkan 'chemistry' (keserasian) yang sudah kami bentuk antara Cha Young-min dan Ko Seung-tak. Ia satu hubungan baik yang rapat serta saling memahami antara satu sama lain.

"Keserasian kami 'tidak terkata'. Harapan saya semoga penonton akan menganggap saya sebagai pencerita kepada perjalanan hidup Cha Young-min yang berusaha untuk sedar semula daripada koma," katanya.


RAIN masih mendapat bayaran tinggi untuk tawaran lakonan.

Apa pun, Rain berkata, dia sudah melakukan sebaik mungkin untuk watak Cha Young-min. Katanya, dia sangat bekerja keras dan perlu memberi lebih tumpuan daripada biasa yang boleh dianggap agak mencabar.

Selain Rain dan Kim Bum, Ghost Doctor turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Uee sebagai Jang Se-jin, Son Na-eun (Oh Soo-jeong), Kim Jae Yong (Lee Seon-ho), Sung Dong-il (Tess) dan Lee Tae-sung (Jang Min-ho).


RAIN lakonkan watak Cha Young-min dalam Ghost Doctor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah lama tak tgk kalau rain berlakon .. ntah.. dah tak minat..mungkin ssbab pelakon korea pun ramai kot. Yg muda2 pun ramai hat segak dan berbakat.. hihi. Rambang mata
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 12:33 AM | Show all posts

ada reporter sana cakap baru2 ni yg Rain ni antara retis kedekut taik idung masin
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:09 AM | Show all posts
ok ja cite GD ni...masih bergetah n berbisa la rain ni...suke tgk jawline rain
travelogue dia the hungry and the crazy pun layan gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:12 AM | Show all posts
makin kurus yach heshe. Masa zaman Full House dulu rembes sangat kat heshe. Meols siap beli dvd Full House + cd Rain hokeh, tapi cetromps je lah sebab masa tu zaman cetromp berleluasa katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2022 11:18 AM | Show all posts
dulu iolss tertengok dia jadi guest ICSYV. walaupun skin heolss santekkk, nampak la kekertuan heolss. pastu kurussss.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau korea.. Rain.. Kalau jepun,  takuya kimura... Ada ciri2 hero kwrtu yg masih hot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni skg kurus sgt...tu nampak makin tua...
Tapi lepas Rain smpai la aku x kenai nama pelakon lain..cuma cam muka je ????
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
best citer ni..tengah tengok almost finish ald
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:36 PM | Show all posts
clara_nur replied at 15-2-2022 12:33 AM
ada reporter sana cakap baru2 ni yg Rain ni antara retis kedekut taik idung masin

Menarik! Aku suka baca gossip gossip mcm ni sebab artis korea ni mcm tertutup betul perkara peribadi dorang kan..haha
Selalu baca mesti yang elok elok saja.

Tapi kalau Rain kedekut mungkin pasal dia pernah susah dulu kan.
Sekarang ni dah jadi antara artis Korea terkaya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:19 PM | Show all posts
tp nyanyian sendu. Dh lama tada album baru kan. Katanya heols jatuh chenta coz nmpk kim tae hee pakai stokin sendiri , tk harapkan pembantu. Mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 04:37 PM | Show all posts
dang_anom replied at 16-2-2022 04:36 PM
Menarik! Aku suka baca gossip gossip mcm ni sebab artis korea ni mcm tertutup betul perkara periba ...

actualy Si Rain ni ada seorg artis bbnu kat sana ckp dia ni kedekut ilmu or tips bukan kedekut duit mcm yg uols faham. maybe heshe tak mesra sgt dgn artis bbnu kat sana maklum la rain ni otai. yes dia kurus sebab dia amalkan IF 24jam so dia makan 1 kali aje sehari kalau dia tak ada shooting ni info dari rancangan travelog dia hungry kat Netflix tu.best gak aku layan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 09:23 AM | Show all posts
Siput_Sawah replied at 18-2-2022 04:37 PM
actualy Si Rain ni ada seorg artis bbnu kat sana ckp dia ni kedekut ilmu or tips bukan kedekut dui ...

Oh, faham.
Yela, otai kan, mestilah mcm kekwat kan.
Lagi pula kat Korea kan tahap hormat sunbae tu tinggi.

Aku layan jugak The Hungry and The Hairy tu.
Aku suka jugak layan jugak YT Channel dia,
Kalau kt YT channel dia nmpk byk dia jumpa junior dia, layan joget joget semua.
Bila tgk YT channel dia, baru aku tahu yg Rain ni 'disanjung' artis junior.
Tapi dia mcm rilek jela, takdela berlagak, layan je apa yg artis junior mintak..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052759 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list