Apa status agama Rihana Oksana sebenarnya?
 Kredit foto: IG
Ramai tertanya-tanya perihal itu selepas bekas ratu cantik Rusia itu memuat naik gambar bersiar-siar dengan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra bersama seekor anjing.
Dalam perkongsian di Instagramnya, Rihana mengakui dia sangat menyukai anjing dan berhasrat ingin memeliharanya.
 Kredit foto: IG
Namun, dia terpaksa menguburkan hasratnya itu ekoran risau dengan kesihatan anaknya yang mempunyai alahan selain kekangan kerja.
 Kredit foto: IG
Melihat foto yang dikongsikan Rihana, ramai pengikutnya tertanya-tanya mengenai status agamanya.
 Kredit foto: IG
Malah, ramai yang bersimpati dengan nasib anaknya dan berharap pegangan akidah dua beranak itu terpelihara. - CARI |