CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1144|Reply: 8

'Bertarung' dengan diri

[Copy link]
Post time 7-2-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

SANGAT tegas perjuang soal terapi diri.

5 jutaan peminat di seluruh dunia, penyanyi dan pelakon Selena Gomez antara wanita tercantik wujud dalam kalangan selebriti. Kejelitaannya menjadi pujaan dan dicemburui ramai.

Bagaimanapun, Gomez, 29, mendedahkan dia sebenarnya bertarung dengan tahap keyakinan diri sejak kanak-kanak.

Apatah lagi, dia sendiri sudah mencipta nama dan menceburi dunia hiburan sejak usia 10 tahun.

Menurutnya, dunia hiburan yang cukup glamor menuntut dirinya agar sentiasa tampil sempurna di mata semua. Justeru, perkara itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam terhadap prosesnya menjadi dewasa.

"Berada di mata khalayak sejak umur kanak-kanak sememangnya penuh tekanan. Sangat sukar untuk selesakan diri apabila rasa semua orang memerhati, menghakimi dan komen penampilan kita.

"Keyakinan diri adalah perkara yang saya sentiasa perbaiki setiap hari. Tapi saya berhenti untuk menurut standard kecantikan tidak masuk asal yang ditetapkan dalam masyarakat kita," katanya.

Penyanyi Kill Em With Kindness itu mengakui dia kini jauh lebih yakin terhadap dirinya selepas menolak standard kecantikan mengarut daripada kamus hidupnya. Baginya, fikiran lebih tenang berbuat demikian.

Bergelar usahawan kosmetik Rare Beauty sekarang pula, Gomez mahu terus positifkan diri dengan cara tersendiri. Dia bahkan sentiasa menulis nota peringatan bahawa kecantikan itu hak masing-masing.


SELENA yakin beliau mampu kelihatan cantik walaupun tanpa solekan.

"Saya masih ingat, sejak dulu saya berasa diri perlu kena sentiasa kelihatan sempurna dan ikut standard tertentu. Saya ambil masa agak lama untuk menyedari saya patut jadi diri-sendiri saja.

"Apa keunikan yang ada pada saya, itulah sebenarnya menjadi kecantikan terbabit buat saya. Saya adalah seorang yang sentiasa memperjuangan perihal terapi diri.

"Saya juga suka menampal nota di merata-rata dalam rumah saya mengenai kata-kata positif untuk yakinkan diri," katanya.

Semakin mencintainya penampilan semula jadi, Gomez juga berhenti untuk terlalu bergantung kepada alat solekan sejak beberapa tahun lalu. Baginya, kecantikan bukan terletak kepada mekap semata-mata.

"Sejak beberapa tahun lalu, saya menerima kenyataan bahawa saya tak perlukan mekap untuk kelihatan menarik. Mekap memang menyeronokkan, tapi bukan keperluan utama," katanya.

Dalam pada itu, Gomez turut berkongsi penampilan paling gagal pernah dilaluinya sepanjang karier seni. Menurutnya, kenangan dpada acara berprestij Met Gala 2018 yang tidak akan dapat dilupakan.


BAKAL lancar lagu duet bersama Coldplay.

Dia tidak sangka niatnya untuk tampil dengan kulit diperangkan akhirnya bertukar mimpi ngeri. Tiada lain dalam fikirannya ketika itu selain ingin meninggalkan majlis secepat mungkin.

"Sewaktu sedang bersiap untuk menghadiri Met Gala beberapa tahun lalu, saya sempat melulur krim perangkan kulit dan ia kelihatan cantik. Namun, semakin lama ia bertukar menjadi lebih gelap dan gelap.

"Apabila saya sudah duduk, saya membelek gambar saya dan ia (kulit) memang kelihatan sangat perang. Sudahlah berada pada majlis berprestij dan yang pertama terlintas di fikiran adalah saya kena cepat keluar dari sana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Gomez juga baharu melancarkan poster lagu baharunya hasil kerjasama dengan Coldplay. Diberi judul Let Somebody Go, posternya kelihatan cukup menarik dan semestinya ramai menantikan lagu penuhnya.

Bertemakan filem lama hitam putih, lagu itu dijangka akan dilancarkan pada minggu ini. Lagu duet itu adalah hasil kerjasama mereka yang dimulakan sejak Oktober tahun lalu dan muzik videonya diarahkan Dave Meyers.

Let Somebody Go adalah gandingan kerjasama baharu Coldplay hasil kesinambungan daripada lagu My Universe bersama kumpulan fenomena Korea Selatan, BTS sebelum ini.

Lagu terbabit dijangka bakal menjadi lagu yang mampu menaiki carta tertinggi Gomez selepas lagunya Lose You to Love Me pada 2019. Ia hasil tulisan Coldplay dan penerbit Max Martin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 11:26 AM | Show all posts
@selenagomez ha ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Selena gomez ni xda la jelita, cute tu ada..muka bebiface...salute jugak la antara produk disney yg xhnyut n end up gila
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:33 AM | Show all posts
apedehal replied at 8-2-2022 04:50 PM
Selena gomez ni xda la jelita, cute tu ada..muka bebiface...salute jugak la antara produk disney yg  ...

demi lovato tu dulu rasa dia paling sweet now dah ke laut...
pernah kantoi wat fake acc insta kutuk selena...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 9-2-2022 12:33 AM
demi lovato tu dulu rasa dia paling sweet now dah ke laut...
pernah kantoi wat fake acc insta kutuk ...

Lol gigih nya buat fake acc ya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mcm jb je gambar tu. Saja nak ride ex bf ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 05:29 PM | Show all posts
lagu baru dia n coldplay bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................... pefeeling mcm iols kt Europe sgat dgar lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jeles dgn dia mcm kendall, bella hadid, demi lovato and termasuk lah wife si bibir tu. Miley pon penah jeles dgn sel jugak tp time pandemik 2020 ada nampak miley dgn sel buat ig live sama. Tahun ni dah 30 umur sel, harap dia kekal kawan dgn taylor and jgn tambah tattoo dah. Semoga sel cepat2 jumpa jodoh yg sgt sayangkan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 10-2-2022 03:58 PM
Ramai jeles dgn dia mcm kendall, bella hadid, demi lovato and termasuk lah wife si bibir tu. Miley p ...

Terlepas train..Miley jeles apa dgn Selena?
Zmn2 Disney, Nick Jonas ada la jap dorg x sebulu..tp kejap je

Kalau baca kat Reddit xde la 'bersih' sngt Selena ni..pr team sheolls yg cemerlang
Ke tu semua hanyalah 'gosip2' cam kat forum cari ni jgk..hmm

Dari review2, Rare Beauty mmg terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.087674 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list