|
HAREEM berkongsi pengalamannya di TikTok. FOTO TikTok Hareem Shah.
London: Gara-gara akaun banknya dibekukan, bintang TikTok Pakistan yang sedang membuat pembedahan plastik bibir di United Kingdom (UK), tidak mampu membayar kos prosedur berkenaan.
Ia membuatkan pakar menjalankan prosedur itu menghentikan serta-merta prosedur itu separuh jalan, sekali gus menyebabkan bibir wanita itu tidak sempurna atau herot.
Hareem Shah yang berkongsi kejadian itu kepada 6.5 juta pengikutnya diplatform itu menjelaskan, dia menjalani rawatan itu di UK.
Namun, selepas bahagian atas bibirnya disuntik, dia dihubungi Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) negaranya.
Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa disiasat berhubung pengubahan wang haram sebelum akaun banknya dibekukan.
Wanita itu tampil dalam video yang menunjukkan bibirnya menjadi herot akibat prosedur separuh jalan itu selain menunjukkan wang tunai yang banyak. - Agensi
|
|