CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1790|Reply: 10

Ramai "Panas" Foto Bangman Dijadikan Poster Obesiti

[Copy link]
Post time 31-1-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Niat asal mahu lebih 260,000 pengikut di Twitter membuat suntingan pada gambarnya, Bangman tidak menyangka selepas itu berlaku ada kekecohan gara-gara sekeping fotonya yang telah disunting.

Gambar tersebut menunjukkan risiko obesiti yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti strok, serangan jantung, diabetes dan banyak lagi, di mana imej Bangman diletakkan di tengah-tengah.

kredit foto: Twitter



Petikan dari Mstar, ada yang memberi komen seperti, "tak lawak, body shaming orang," "adam je lah, tak kelakar," demikian antara komen-komen netizen yang mengkritik suntingan foto berkenaan yang dianggap tidak sensitif dan boleh buat orang rasa kecil hati.


Difahamkan, ini bukan kali pertama dia meminta para pengikutnya untuk menyunting gambarnya termasuk versi filter untuk tujuan hiburan dan jenaka di media sosial.

kredit foto: Twitter



Namun, Bangman mengakui yang dia terkejut melihat hasil foto yang telah disunting mengaitkan dirinya dengan risiko obesiti.



Pada mulanya lelaki yang popular di media sosial ini berasa sentap tetapi tak lama kemudian dia sedar ianya adalah isu kecil. Bangman juga melihat itu adalah sebagai satu kesedaran mengenai risiko obesiti malahan, dia tidak berkecil hati dengan suntingan gambar tersebut.

kredit foto: Twitter



Bangman juga menegaskan terdapat suntingan gambar-gambarnya yang lain yang boleh dianggap keterlaluan, gambar beliau pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Faithah seperti seseorang yang telah meninggal dunia. Baginya foto itu amat sensitif, jangan mempermainkan hal kematian, agama dan tokoh-tokoh.

kredit foto: Twitter



Dalam pada itu, Bangman melihat foto "risiko obesiti" tersebut sebagai  pendorong untuk dirinya mengurangkan berat badan.



Bangman yang berketinggian 185 sentimenter ini berhasrat untuk mengurangkan berat badan kerana dirinya bakal bergelar suami menjelang pertengahan tahun ini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak alah.. Habis?? Dah Mmg dia obese.
Netizen pun, agak2lah. Sikit2 body shaming. Sikit2 body shaming. Gunakan tu as a weapon plk.
Hah ternaklah lemak tu, smp kena heart attack. Topap dgn kena Covid.hah time tu baru kau menyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 09:04 AM | Show all posts
dah mmg dia obese... aududud.. agak2 la body positivity pun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gemok is awsome..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 11:11 AM | Show all posts
betul ke, obes ni risiko kena penyakit mati pucuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 12:20 PM | Show all posts
tak nak gantikan dengan acik belon eh benon kewww?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang obese. Terima lah hakikat. Yg netz pulak sentap apahal. Mana tau lepas ni bangman terus azam kuruskan badan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
netijen malaya ngikut trend snowflake murica
sorry yachhh benda betul
facts dont care about your feelings
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kotakominami at 2-2-2022 07:49 PM

Ini hakikat....bukan body shaming lagi...kalau dah makan tak hingat nanti kau sakit diabetis, jantung, darah tinggi semua ko dah susah kan ramai org....nak kena jaga kau..nak antar pegi hospital..nak g dialisis....sedangkan org bayak urusan lain lagi....ade pk tak ? Kau jumpe geng kencing manis seronok sembang gula 20 - 30...ade kau pk org lain kena amik cuti nak hantar kau berubat sana sini....itu tak kira lagi dah mati nanti nak kena usung jenazah kau. Jangan nak positip tinking sgt kate semayang tak tinggal jenazah auto ringan...kalau kau semayang lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodyshaming?? Celah mana bodyshaming? Dia cacat ke? Atau pendek yg bukan salah org pendek? Gemok ni dari diri sendiri & bukan bodyshaming 100% sbb sendiri yg buat diri jd mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 2-2-2022 04:58 PM
Ini hakikat....bukan body shaming lagi...kalau dah makan tak hingat nanti kau sakit diabetis, jantun ...

Khueenss
Tu blom lg stok2 acah2 majikan discriminate takmo amik stok2 gundu ni kerja
Pastu playing victim
Kalo dh gundu sangat, sapa je nk amik depa kerja kan.as u said la,confirm one day mmg akan menyusahkan staff lain sbb kene kaver keje depa.
Sbb depa akan amik MC la,masuk spital la,pi dialisis la
Mcm la staff lain takde urusan hidup depa.nak kene lak kaver keje org gundu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052757 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list