Edited by Vellfire at 27-1-2022 01:20 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220127/kks-ub270122-ysh-simfui.jpg)
TERIMA KASIH: Sim Fui menerima cendera kenangan sebagai simbolik terima kasih atas tajaan berkenaan.
KOTA KINABALU: Tarian singa semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan muda tempatan apabila kemahiran berkenaan dipupuk sejak dibangku sekolah.
Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api Sim Fui berkata, kini tarian kebudayaan berkenaan bukan saja dipersembahkan oleh masyarakat kaum Cina tetapi juga etnik-etnik tempatan yang lain.
"Ini jelas memperlihatkan semangat yang kita mahukan khususnya dalam negeri Sabah ini, yang mana semua kaum bersifat tolenrasi ke arah pencapaian keharmonian.
"Saya berpendapat adalah penting acara seumpamanya dapat disertai golongan muda dari pelbagai lapisan etnik tempatan agar tarian tradisi ini dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.
"Hari ini kita juga dapat melihat para ahli persatuan yang mempersembahkan tarian singa adalah berumur 18 tahun sehingga 25 tahun," katanya selepas menyerahkan tajaan pakaian seragam kepada Persatuan Tarian Naga dan Singa Thian You Sabah, di sini semalam.
Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata, diharapkan kesatuan yang ditunjukkan golongan muda ini dapat menjadi inspirasi kepada para pemimpin politik untuk bersatu.
Dalam pada itu katanya, tahun ini rakyat khususnya golongan Cina dibenarkan untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina, tetapi jangan sesekali mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Tidak dinafikan hampir dua tahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan tahun lalu kita tidak berkesempatan meraikan perayaan ini.
"Bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan kerajaan tidak seharusnya dipandang ringan. Semua individu dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing," katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/27 |