CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

[Sabah] Tangan remaja perempuan cedera tersepit dalam mesin pengisar

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:39 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Tangan remaja berkenaan berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba.

LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan selepas tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan di sebuah kedai makan, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.17 petang.
Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati tangan remaja berumur 17 tahun itu telah masuk dan tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa ke Hospital Lahad Datu dalam keadaan tangan masih tersepit pada mesin berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital menghubungi semula pasukan bomba kerana tangan mangsa tidak dapat dikeluarkan.

“Pasukan bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan tangan remaja tersebut sebelum mangsa menerima rawatan lanjut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/25
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik takde ape2...huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044209 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list