Sejak berjaya menurunkan berat badan dan mengubah penampilan menjadi lebih menawan, isteri Shuk Sahar sering mempromosikan produk Berryfull yang diamalkannya.
Kredit foto: IG
Di samping itu, dia juga acap kali dilihat memberi sindiran pedas buat Shuk.
Terbaru, menerusi Instastory Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengimbau detik hitam 'dibuang' saat dirinya tiada daya penarik dan dikutip sebaik penampilannya berubah menjadi lebih kurus dan cantik.
"Dibuang dan dihina di saat wajahku begini. Dipuji dan dikutip saat wajahku berubah begini."
Biarlah Sera melepaskan segala rasa sakit di hati sampai dia puas. Mungkin dia sengaja nak buat perasaan bersalah dan menyesal menebal dalam sanubari Shuk? - CARI |