CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 0

[Sarawak] Sasaran bekalan air bersih 100 peratus di Sarawak menjelang 2025

[Copy link]
Post time 25-1-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Berdasarkan komitmen agensi yang menguruskan bekalan air di negeri ini, sasaran liputan bekalan air 100 peratus menjelang 2025 akan dapat dicapai, kata Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Setakat ini liputan bekalan air di Sarawak berada pada tahap 83.4 peratus, katanya ketika merasmikan Persidangan Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB Sarawak Tahun 2022 di sini.

Persidangan tahunan itu dihadiri semua jurutera air bahagian serta pegawai kanan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.  Persidangan itu berlangsung selama dua hari bagi membincangkan prestasi dan pendekatan meningkatkan perkhidmatan air di seluruh Sarawak.

Dr Abdul Rahman berkata, sasaran ditetapkan Kerajaan Sarawak itu merupakan tanggungjawab besar agensi bekalan air di negeri ini.

“Setakat ini, saya berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan agensi bekalan air di negeri ini untuk memastikan sasaran ditetapkan kerajaan Sarawak dapat dicapai,” ujarnya.

Mengulas mengenai persidangan tersebut katanya, ia sepatutnya diadakan dua tahun lalu namun terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19.
Hadir sama Pengarah Jabatan JBALB, Chang Kuet Shian.


sarawakvoice.com/2022/01/25
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.131227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list