View: 1272|Reply: 5
|
Dah Tua, Belum Kahwin? Luna Maya Rela Putus Cinta Dari Bercerai Lepas Kahwin
[Copy link]
|
|
Ramai mengetahui bahawa pelakon popular Indonesia, Luna Maya, 39, memiliki sejarah asmara yang kurang enak. Sehinggakan hal tersebut membuahkan pertanyaan adakah benar tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya menikah dengan dirinya.
Begitupun, Luna mengakui yang dia kini selesai melalui fasa tersebut. Aktres filem Suzanna Bernapas Dalam Kubur itu berkata, dia mahu berhati-hati dalam memilih pasangan dan tidak mahu bernikah jika dia tidak mengenali pasangannya dengan lebih dalam.
Kredit foto: IG Luna
Sayangnya, keputusannya itu kadang-kala mengundang cemuhan segelintir orang lantaran dia masih belum bernikah pada usia penghujung 30-an.
"Ada hubungan saya yang kandas kerana masalah saya sendiri. Ada hubungan saya yang kandas kerana begini. Jadi, saya terus berfikir, jangan-jangan sebab saya.
"Di sini saya berfikir ya... Bukan salah dia, bukan salah saya, bukan salah siapa-siapa. Bukan salah orang tua," ungkap Luna Maya pada sebuah program bual bicara bersama Titi Kamal baru-baru ini.
Dalam pada itu, Luna Maya sempat mengenang kembali masa-masa berpacaran di masa lalu yang pada hujungnya mencambahkan rasa kepahitan.
"Saat itu pasti sedih. Tapi, apakah hal itu menjadikan kita tidak layak? Tidak juga. Baik lelaki, baik perempuan, kalian itu berharga.
"Kadang-kadang orang bercakap: 'Eh kamu dah tua, belum kahwin.' Takkan semuanya perlu selari dengan kebiasaan dan standard orang?” Luna Maya memulangkan semula soalan.
Kredit foto: IG Luna
Luna Maya turut berkata, dia tidak mahu nasib perkahwinannya kelak berakhir dengan sebuah perceraian. Tambahnya, lebih baik hubungan kandas di tengah jalan.
Lebih gamblang, Luna Maya mengatakan tak ingin ketika sudah menggelar pesta pernikahan, ujung-ujungnya cerai. Ia berpendapat lebih baik hubungannya kandas saat masih pacaran.
“Kenapa saya selalu bercinta dalam tempoh yang lama? Sebab saya merupakan jenis individu yang ingin tahu dahulu pasangannya bagaimana. Dan kalau ternyata di tengah jalan tak jadi, lebih baik kan? Daripada sudah buat majlis segala,” katanya lagi.
Terdahulu Luna Maya menjalinkan hubungan cinta dengan Reino Barack selama lima tahun yang akhirnya memilih penyanyi Syahrini sebagai suri hati.
Sumber: GEMPAK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah asrama pekerja kilang yindon ke???
Halahhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lah kawen Dari berzinA, hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Xkawen pn org kata. Bcerai pn lg dok kata. To her kawen patu cerai ni messy dari bf/gf breakup. And i wholeheartedly agree. Tgk sallywho tuh, amicable divorce pn 3bulan turun nek court. Sian tgk dia. Lama kot couple ngn reino tu, mak reino tu ja bangkang kuat mati2 tamau luna jadik menantu. Hujung2 yg d pilih penyanyi sendu senang dia nk kept under her thumb . Lawa btol dia time ngn agheel dlu. La nmpak tua. Btabah la luna. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik berharta tp xda jdoh lagi.. Mgkn jgk sbb xramai laki yg leh terima sejarah lobos ko ni.. Boleh la contact iqbal, jutawan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...ingatkan haritu rapat dengan geng sosialitis red couch Naza clan...tak dapat sambar ke? eh? alas kaki je ke? hihihi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|